Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Tuesday, June 19, 2012

Sebuah Rehal Kayu...

(Alhamdulillah... nukilan yang ke 7, disiarkan dilaman ILUVISLAM.COM pada bulan 7 (16 Julai 2012), juga merupakan bulan kelahiran Si Pujangga yang bernama Hamba :D )


Ini rehal kayu.


Rehal kayu kesayangan saya.


Rehal ini adalah teman setia saya setiap kali hadir ke kuliah atau pengajian ilmu.


Mungkin pada orang lain, tiada apa-apa nilainya.


Tapi, buat diri saya ianya sangat berharga.


Ketiadaan rehal kayu saat dikuliah terasa seperti hilang sebelah tangan atau kaki.


Itulah yang saya rasakan jika saya tertinggal rehal kayu yang selalu setia menemani.


Bercerita tentang rehal kayu ini, saya membelinya saat saya mula berjinak-jinak mengikuti kelas pengajian Al Quran (Kelas Tajwid).


Pada awalnya, saya rasakan rehal kayu ini perlu kerana saya mahu meletakkan Al Quran lebih tinggi dari paras lutut apabila saya duduk.


Dan ternyata, memuliakan Al Quran itu, adalah salah satu punca untuk Allah memberikan saya lebih ruang mendekatiNya.


Subhanallah. Alhamdulillah.


Perkara yang pada mulanya saya lakukan, kerana mahukan keselesaan, rupa-rupanya punya rahmat disisi Allah.


Saya hanya membawa rehal kayu ini ketika menghadiri pengajian Al Quran.


Pada kuliah-kuliah yang lain, seperti Fadhu Ain, kelas Tafsir Al Quran & Hadis dan kelas Bahasa Arab tidak saya menggunakannya.


Hinggalah pada suatu hari, Allah menggerakkan tangan saya mencapai rehal kayu ini seiring dengan beg untuk ke kuliah Fardhu Ain.


Terdetik juga dihati saya, "malu pulak rasanya nak bawa rehal ni bersama".


Perasaan malu ini berlegar-legar diruang minda.


Bukan apa, rasa malu jadi tatapan mata sahabat-sahabat yang lain kerana tidak seorang pun dari mereka yang membawa rehal ini bersama.


Namun, setelah akal dan hati bersatu mengatakan, "malu tak bertempat! kan mudah kalau ada rehal ni nanti... senang nak letak buku dan menulis".


Saya segera memadamkan kata-kata negatif yang hampir saja mematikan niat untuk membawa rehal kayu ini bersama saya.


Bermula dari hari itu, saya mula merasakan betapa rehal kayu ini memberi saya kesenangan untuk mencatat nota-nota dan meletakkan buku sepertimana saya memuliakan Al Quran.


Hari demi hari, rehal kayu ini sentiasa setia menemani setiap kali kaki melangkah ke tempat pengajian.


Dan setelah hampir setahun hanya saya seorang yang membawa rehal kayu ini, tiba-tiba seorang sahabat bersuara, "Suka tengok ina bawa rehal ni bersama. Nampak mudah.." katanya sambil tersenyum.


Saya turut sama tersenyum. "Memang ianya sangat memudahkan saya dalam menuntut ilmu... Alhamdulillah".


Masih ingat lagi, bertahun-tahun (lebih kurang 5 tahun) saya ke hulu ke hilir bersama rehal kayu ini hanya dengan menaiki motorsikal.


Ada juga makcik-makcik yang pernah menegur saya, "buat apa bawa rehal tu, bahaya laa naik motor macam tu..".  


Saya hanya senyum pada mereka seraya berkata "Insyaallah, tak apa-apa".


Mahu memberi hujjah bahawa rehal ini terlalu berguna pada saya rasa seperti tidak mampu.


Yang penting saya bahagia.. :)


Akhirnya, dengan izin dari Allah, saya beroleh lesen memandu kereta.


Alhamdulillah.


Satu peningkatan pada diri.


Dan lebih memudahkan saya untuk hadir ke kuliah-kuliah dengan lebih selamat.


Malah, saya rasa rehal kayu saya tidak lagi tersiksa kerana tersangkut di'handle' motorsikal saya seperti dulu.


Kasihan rehal kayu.


Tapi sekarang, rehal saya sudah mampu tersenyum agaknya, kerana damai 'aircond' kereta yang dirasakannya... :)


Apa yang saya perasan juga, sudah ada dua tiga orang sahabat mula membawa rehal kayu seperti saya.


Tak kurang juga bertanya dan minta saya belikan rehal kayu yang serupa dengan saya.


Alhamdulillah, saya telah membantu sahabat-sahabat yang inginkan rehal kayu ini untuk membelinya tanpa mengambil apa-apa komisen.


Mereka hanya membuat pesanan.


Apabila pesanan diterima saya membuat penghantaran terus ke rumah.


Allah beri keizinan pada saya untuk memandu kereta, dan dengan kemudahan ini, saya manfaatkan dengan apa yang saya mampu.


Niat saya hanya ingin membantu sahabat-sahabat.


Menjadikan mereka bersemangat seperti saya untuk hadir ke kuliah agama sekaligus dapat mengimarahkan surau-surau dan tempat-tempat pengajian.


Ada juga yang membeli kerana ingin menghadiahkan pada keluarga.


Subhanallah.


Rehal kayu yang dulunya susah untuk dilihat bersama jemaah yang hadir ke surau, kini tidak lagi menjadi perkara luar biasa.


Malah bermacam-macam rupa yang ada selain dari rehal kayu seperti saya.


Suatu pagi, datang seorang makcik ditempat saya berniaga, dia ingin membuat pesanan rehal kayu.


Dia menghulurkan wang secukupnya.


Tapi, saya menolak.


"Makcik boleh bayar bila saya hantarkan pada makcik nanti."


Saya senyum.


Makcik itu juga tersenyum.


Katanya, dia tidak sabar untuk miliki rehal kayu seperti yang selalu saya bawa.


"Mudah nak mengaji".


Sekali lagi saya senyum. Suka dengan semangat yang ada padanya.


"Insyaallah makcik.  Bila dah sampai nanti saya akan terus hantar ke rumah."


Sebelum berlalu pergi, makcik ini menghulurkan saya sebuah bungkusan seperti sampul duit raya.


Saya tergamam. Rasanya sudah saya jelaskan tentang bayarannya. Tapi kenapa dia masih juga menghulurkan sesuatu, bezanya bersampul.


"Eh, apa ni makcik?"


"Nah, ini bukan duit rehal, tapi ini hadiah dari makcik. Sebelum ni, kawan-kawan yang dah beli bagitau kamu  langsung tak nak terima apa-apa komisen dari bantuan kamu mendapatkan rehal untuk mereka. Kamu tahu tak, kerana kamu bawa rehal selalu, itu yang mendorong sahabat yang lain untuk membeli dan menggunakannya. Ini hadiah dari makcik untuk kamu. Atas 'dakwah' penggunaan rehal dan jasa kamu mendapatkan rehal untuk makcik dan sahabat-sahabat makcik yang dah tak berdaya nak ke kedai membelinya. Kamu mesti terima, makcik dah niat nak hadiahkan ini pada kamu. Makcik ikhlas. Makcik suka orang muda yang cari ilmu dan manfaatkan hidupnya untuk orang lain. Kamu boleh jadi contoh... Insyaallah".


Allahu Akbar!


Waktu itu, hati saya berdebar.


Takut hanyut dalam pujian.


Malah airmata hampir saja jatuh, kerana selama ini tidak sangka hanya kerana Sebuah Rehal Kayu yang saya bawa mampu menjadi contoh dan dapat dimanfaatkan pada yang lain.


Hadiah dari makcik itu tidak mampu saya tolak.


Tidak kisah apa isi atau nilainya, namun disebalik hadiah yang diberikan pada saya memberikan saya satu pengertian yang selama ini selalu saya dengar...


Sabda Rasulullah SAW (bermaksud);


Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.


[Riwayat Ahmad]


Sesungguhnya Firman Allah itu benar. Sabda Rasulullah itu adalah tunjuk ajar dan peringatan.


Dan ketahuilah... perjalanan dalam mencari redhaNya itu penuh nikmat yang selalu tidak kita sedar...


MasyaAllah...


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, June 12, 2012

Mintalah Dengan Solat & Sabar...



Saat dikuliah Tafsir Al Quran petang tadi, Allah memberi satu kefahaman tentang penghayatan dalam Solat.


Alhamdulillah.


Walau tidak banyak, tapi nilai yang sedikit itu amat terkesan dihati saya.
Saya tersentuh bila ustaz berulang kali menyatakan "Mintalah dengan Solat dan Sabar".
Menghayati kata-kata ini membuatkan airmata saya hampir saja jatuh dari kelopak mata.
Ia benar-benar menyentuh hati.
Jauh diruang fikir saya bertanya, apa agaknya kualiti Solat saya disisi Allah.


Astaghfirullah...


Betapa saya selalu meminta padaNya...
Namun benarkah saya meminta bersama "Solat & Sabar" ?
Persoalan ini benar-benar memuhasabahkan diri saya yang hina disisiNya.
Nilai perlakuan Solat saya terasa seperti tidak layak untuk meminta, namun saya sedar Allah tetap jua memberi kurniaNya.


Subhanallah.


Sesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Teringat pula akan permohonan untuk bersama RasulNya.


Astaghfirullah...


Layakkah saya terus meminta sedang diri terlalu lelah untuk mendidik Sabar?
Untuk bersama Rasulullah, itu adalah impian yang terindah.
Untuk menjejaki Jannah, itu adalah harapan yang tak pernah sudah.


Ya Allah, Yang Maha Pengurnia, 
Yang Maha Memberi Rahmat dan Melimpah Redhanya...


Tempatkanlah kami disisiMu bersama Solat dan Sabar.
Hiaskanlah perjalanan dunia kami ini bersama Solat dan Sabar.
Agar dapat kami persembahkan amalan tanpa ada yang tercalar.
Dan mengecapi tiap untaian kasih yang Kau tebar.


Aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

˳Azrina Abu Bakar  ˳

Saturday, May 26, 2012

Damai Hati Di Jalan Yang Hakiki...


Assalamu'alaikum...


Salam Mahabbah penuh kedamaian pada sahabat-sahabat yang setia melayari blog Si Pujangga ini...


Allhamdulillah... Allah tetap jua mengizinkan saya untuk terus menulis disini.


Lama juga saya menyepi dari ruangan ini... namun pada yang setia berkongsi, pasti tidak lupa untuk membaca coretan-coretan "Pesan Hamba Untuk Hamba" di ruang fb saya.


Alhamdulillah.. moga manfaatnya dapat kita kecapi bersama... Insyaallah.


Wahai Sahabat yang amat saya kasihi...


Tiap hari perjalanan kita dimuka bumi ini semakin bersisa.


Tidak ada seorang pun dari kita yang terkecuali.


Semakin singkat usia kita, maka semakin hampirlah untuk kita memasuki ruang akhirat.


Astaghfirullah...


Ada getar disebalik bicara ini.


Itulah yang selalu saya rasakan.


Wahai Sahabat yang amat saya kasihi...


Perjalanan kita disini, bukanlah perjalanan yang hanya dihiasi dengan kegembiraan dan kesenangan semata.


Tidaklah jua bererti kita perlu menjauhkan itu semua, tetapi kegembiraaan dan kesenangan sering melekakan dan menjarakkan hubungan hati dengan Yang Maha Esa.


Astaghfirullah...


Berhati-hatilah melalui perjalanan didunia ini.


Sentiasalah berada dijalan yang Allah redhai.


Berusahalah untuk berada dijalan yang Allah rahmati.


Allah itu Pencipta diri.


Mengapa perlu kita jauhi?


Allah jua Maha Menepati Janji.


Mengapa masih jua merasa tidak pasti?


Wahai Sahabat yang amat saya kasihi...


Damai dihati ada bersama Yang Hakiki.


Teruslah mencari dan menyelusuri jalan ini.


Moga bahagia kita akan terus bersama hingga ke syurgaNya yang abadi...


Insyaallah.


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, May 8, 2012

Belimbing Madu Buat Mak...



Dalam kereta tadi, dok terfikir-fikir kenapa hari ibu disambut dengan meriah... rasa lebih meriah dari hari lahir Si Ibu.. "agaknya laa..."
Masa kereta berhenti, tiba-tiba datang seorang Nyonya... 
"Amoi.. mau angkat ini belimbing ka? Saya sendiri tanam. Talak baja kimia. Manyak baik. Kasi baik itu darah tinggi".
Heh.. tersenyum saya pandang nyonya bertopi ni.
Sempat lagi jual produk.
Allah.. serta-merta teringat kat mak, bila dia sebut darah tinggi.
Demi mak, Nyonya ni dapat laa RM4.00.
Hurmm... bila kereta mula bergerak, ingatan tentang hari ibu datang lagi...
"Rasanya, tak perlu tunggu hari ibu datang baru nak cari hadiah... Belimbing madu ni pun kira hadiah terbaik untuk mak."
Aku senyum lagi.
Masa sampai kat umah mak, dari jauh mak dah senyum.
Senyum semanis belimbing madu dari anaknya ini.
Terima kasih dari mak cukup bermakna.
Bukan rasa dihargai... tapi nak sangat mak tahu saya sangat menghargai mak.
Alhamdulillah... rasa hari-hari nak bagi mak hadiah.
Tak kira apa jua, sekalipun hanya sebungkus BELIMBING MADU.
♥ Saya Sayang MAK ! ♥



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Saturday, May 5, 2012

Pesan Saya Padanya...




Ada seseorang memberitahu saya hari ini...


Hidupnya tak semudah yang saya lihat.
Selalu bermasalah.
Tak seperti saya.
Bahagia.
Nak apa, semua ada.


Ya Allah... bicara apa yang saya dengar ini?


Saya katakan pada dia...


Jangan banyak mengeluh.
Itu tanda tak redha dengan takdir.
Bila tak redha, bererti kamu sentiasa bersangka buruk pada Allah.


Jangan selalu ingat orang lain bahagia.
Tak punya masalah.
Tafsiran begitu jadikan diri sentiasa gagal dan kecewa.


Saya katakan lagi padanya...


Nak bahagia sebenarnya bukan didunia.
Tapi diSyurga.
Didunia ada jalan ke Syurga.
Carilah jalan itu.
Saya juga sedang mencari dan mahu meniti jalan itu.


Jalan ke Syurga sentiasa ada selagi kita bernyawa.
Selagi kita ingat Allah itu Tuhan kita.


Dia terdiam.
Saya minta izin pulang.


Saat memberi salam padanya, matanya sayu.
Memandang dalam-dalam pada saya.


Saya tidak lagi bertanya.
Hanya berdoa... MOGA ALLAH MEMBERI KEFAHAMAN DAN PERMUDAHKAN JALAN BUATNYA... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...