Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Monday, October 15, 2012

Labbaik Allahumma Labbaik...



Labbaik Allahumma Labbaik,
(Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah)

Labbaika la syarika laka labbaik, 
(Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu)

Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka. 
(Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu) 

:'(

---------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dalam rahmat hujan pagi ini, Allah beri kelancaran dalam urusan diluar. Selesai banyak perkara dalam dalam masa 2 jam (lebih kurang).

Yang paling menggembirakan urusan pendaftaran haji di Lembaga Tabung Haji dah selesai. 
Alhamdulillah.

Moga selepas ini, perjalanan untuk menjadi Tetamu Allah juga dipermudahkan... aamiin Ya Allah.

Masa memandu balik tadi, airmata mengalir.

Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.

Mengenangkan sampai waktu ini, Allah memakbulkan niat untuk mendaftar sebagai jemaah haji.

Dan airmata semakin laju, mengenangkan Tanah Suci dan Kota Madinah yang begitu menjadi cita-cita untuk menjejakinya.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.
Bersihkan dan sucikanlah hati-hati kami.
Moga cita-cita yang berserta dengan cinta ini akan Engkau perkenankan.
Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan hanya denganMu Ya Allah, wahai Tuhan sekelian alam.

:: Luar kereta langit menangis, dalam kereta hamba hina ini menangis... namun hati tersenyum bila terpandang tahun ramalan... 2053! 

Moga niat suci ini Allah permudahkan sekalipun saya tahu usia saya akan diambilNya semula bila-bila saja... Allahu Allah..^_^ ::

Sahabat-sahabat, (pada yang belum)... JOM daftar haji! ;)


Moga Allah redha..



˳Azrina Abu Bakar  ˳

3 comments:

Ayna Najla said...

Salam
Alhamdulillah...mdhn sy juga dpt segera mdftr hj...sblm ini x tahu prosedur dftr hj tu...duit dh lebih cukup utk dftr tp ingtkn kena cukup utk kos pergi hj baru leh dftr (x prnh nk tanya2 kt org tdahulu)...duit tguna bila dh tdesak...dn skrg kesedaran timbul dn usaha juga kumpul sikit2. insya-Allah, jika tiada aral dlm sebulan dua lg akan daftar...nk daftar sekali dgn ank kecil sy yg berumur 2thn 7 bln...x sabar rasanya..teringin sgt nk ke tanah suci

aZRINa Abu Bakar said...

Salam.
Insyaallah Ayna. Sekadar memberitahu, jika Ayna pernah bekerja dan ada simpanan KWSP, pun dah boleh buat daftar haji.

Cuma bawa penyata KWSP yang terkini,buku tabung haji dan kad pengenalan.. Alhamdulillah urusan pendaftaran dpt dilaksanakn.

Syaratnya, akaun I dlm KWSP melebihi RM1300.00. ~ Sekadar memberitahu, kerana mungkin ramai shbt yang tidak tahu tentang ini. ~ Moga Allah permudahkn :) ~

Ayna Najla said...

Trma kasih atas makluman...ya, tahu ttg itu tp simpanan dlm KWSP x cukup sbb sblm ni kerja xde kwsp...baru skrg je...:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...