Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Tuesday, May 8, 2012

Belimbing Madu Buat Mak...



Dalam kereta tadi, dok terfikir-fikir kenapa hari ibu disambut dengan meriah... rasa lebih meriah dari hari lahir Si Ibu.. "agaknya laa..."
Masa kereta berhenti, tiba-tiba datang seorang Nyonya... 
"Amoi.. mau angkat ini belimbing ka? Saya sendiri tanam. Talak baja kimia. Manyak baik. Kasi baik itu darah tinggi".
Heh.. tersenyum saya pandang nyonya bertopi ni.
Sempat lagi jual produk.
Allah.. serta-merta teringat kat mak, bila dia sebut darah tinggi.
Demi mak, Nyonya ni dapat laa RM4.00.
Hurmm... bila kereta mula bergerak, ingatan tentang hari ibu datang lagi...
"Rasanya, tak perlu tunggu hari ibu datang baru nak cari hadiah... Belimbing madu ni pun kira hadiah terbaik untuk mak."
Aku senyum lagi.
Masa sampai kat umah mak, dari jauh mak dah senyum.
Senyum semanis belimbing madu dari anaknya ini.
Terima kasih dari mak cukup bermakna.
Bukan rasa dihargai... tapi nak sangat mak tahu saya sangat menghargai mak.
Alhamdulillah... rasa hari-hari nak bagi mak hadiah.
Tak kira apa jua, sekalipun hanya sebungkus BELIMBING MADU.
♥ Saya Sayang MAK ! ♥



˳Azrina Abu Bakar  ˳

4 comments:

Adam Abdillah said...

Jika dihabiskan seluruh usia yang kita ada untuk membalas jasa ibu, itu pun masih tidak mencukupi. Gembirakan hati mereka (dalam mentaati perintah Allah) dengan daya upaya yang kita miliki, insyallah kita semakin hampir dengan redha ALLAH.

aZRINa Abu Bakar said...

benar.. nasihat yang baik utk saya jadikan peringatan pada diri. Sesungguhnya anugerah terindah yang Allah kurniakn pada diri, saya dapat bersama mak kala usia senja nya saat ini. 6 orang adik beradik, saya yg dipilih Allah utk tinggal paling dekat dengan mak.
Subhanallah, moga percaturan Allah ini saya nikmati sebagai seorang ank yang solehah... doakn saya. ~ Redha mak, Redha Allah jua.. T__T

Adam Abdillah said...

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH atas segala yang hambaMU ini miliki, Ya ALLAH ...
Senjata orang mukmin adalah doa. Mulakan setiap yang kita lakukan dengan doa, hatta bismillah juga satu doa. Mensyukuri setiap yang kita perolehi pada setiap nafas dan perbuatan kita, kerana dipinjamkan kekuatan dan hayat ini oleh ALLAH untuk semakin dekat denganNYA.

aZRINa Abu Bakar said...

Subhanallah.. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...