Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Sunday, October 14, 2012

Jadilah Yang Terindah... Moga Allah Redha.


Ustazah /Penulis Fatimah Syarha
(Seindah perhiasan adalah wanita yang Solehah) 


Hari ni, saya nak ajak para muslimah yang sentiasa perbaiki penampilannya untuk jadikan yang terbaik disisi Allah, agar tidak TERLALU TEBAL DENGAN SOLEKAN.

Maaf, bukan saya ANTI alat solek.

Saya masih juga memakai bedak. Dan sangat perlukan pembersih dan krim untuk muka.

Tapi penggunaan saya sangat terhad.

Hanya pada yang asas.

Tidak dinafikan dulu saya juga suka bersolek. 

Pada mereka yang mengenali saya, mereka tahu hakikat sebenarnya.

Tapi pemakaian yang berlandaskan syariat, membawa saya untuk tidak bersolek pada wajah.

Cukup sekadar memakai bedak dengan sempurna... Insyaallah.

Percayalah, bahawa Allah telah mencantikkan wajah kita jika kita sentiasa menghargainya dijalan yang betul.

Perhatikan wajah yang dihiasi dengan niat kerana Allah, ianya lebih indah dan jauh dari rasa bermegah-megah. (Rasa cantik pada wajah/diri ketika berhias dengan tujuan akan ada mata yang melihat ketika diluar, itu adalah penyakit hati... Na'uzubillah).

Muhasabah dan berubahlah.

Solekan terbaik, bila kita mampu istiqamahkan amalan.

Maka beramallah pada perkara yang diperintahkan.

Dan jauhi larangan Allah.

Sesungguhnya Allah hanya akan melihat kecantikan sebenar seorang hamba bermula pada hatinya, bukan SOLEKAN YANG MENGHIASI WAJAHNYA.

Astaghfirullah.

JOM UBAH!

:: Mendidik diri untuk menjadi hamba Allah, bukan sehari dua, tetapi selama ia belajar untuk taat padaNya. Belajar untuk taat pada Allah, bukan hanya hari ini, esok atau lusa, tetapi selama ia diberi nafas pada kehidupan didunia... ::


Moga Allah redha..



˳Azrina Abu Bakar  ˳


2 comments:

Iman said...

assalamualaikum wbt......

iman setuju dengan apa yang akak kongsikan ini...asalnya iman org yang suka ber'make up' dan sentiasa ber'make up'...tiba suatu masa Allah s.w.t memberi iman bimbingan untuk berubah dan lebih mengenali diri iman sebagai seorang wanita islam...

semenjak iman tak bermake up,iman rasa sesuatu yang sangat berlainan tapi amat menenangkan iman...malah iman juga rasa senang sebab tak perlu nak membazir masa dan duit dengan bermake up...

Tapi bukan itu yang iman hiraukan...apa yang iman dapat dengan tidak bertabarruj ialah wajah yang lebih sihat...malah iman rasa muka iman nampak lain sangat...iman tak tahu apa yang lain pada muka iman tapi hakikatnya itu lah yang iman rasakan hingga sekarang...dan seperti apa yang akak cakapkan,cukuplah sekadar memakai bedak dengan sempurna...

bagi iman,facial yang terbaik didalam dunia ini adalah air whudu'...mula2 iman berwhudu' 5 kali sehari...lama kelamaan iman jadi tak selesa jika iman tiada dlm keadaan berwhudu'...dari sejak itu iman sentiasa berwhudu'...alhamdulillah...

semenjak dari itu pula,iman didatangi lagi dengan satu perasaan yang sangat bertentangan dengan iman sblm ini (suka bertabarruj)...iaitu terbukanya pintu hati untuk menjaga wajah iman buat orang yang berhak sahaja (berniqab)...alhamdulillah...

apa yang iman ceritakan ini hanyalah sekadar hendak berkongsi rasa syukur kepada Yang Maha Esa atas curahan kasih sayang Nya kepada kita hamba Nya...walaupun dosa2 kita melaut,tetapi Allah sentiasa mencampakkan hidayah dan rahmat Nya kepada kita hamba Nya...

Maafkan iman jika ada salah silap pada comment iman ini...apa-apa pun iman doakan semoga kita semua menggunakan sisa masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya untuk meraih tempat disisi Nya...amiin yarobbal alamin...

aZRINa Abu Bakar said...

wa'alaikumussalam... terharu akak membaca coretan iman kali ini.

Perkongsian yg sgt baik pada diri...Insyaallah. Perjalanan kita hampir serupa. Namun, yg lebih indah bila iman kini sudahpun berniqab. Bahagialah jiwamu, wahai adikku.

Allah tak pernah memungkiri janjiNya. Malah diperluaskan jalan buat hamba yang mahu mencari jalan utk bersamaNya.

Benar iman, moga sisa usia yang ada ini dapat kita manfaatkan sebagai bekalan bertemuNya... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...