Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Friday, August 20, 2010

Nur Tuhan


Redup mata memandang dikejauhan.
Deru ombak yang membadai seolah cuba melepaskan simpulan yang tersarat dihati.
Aku berdiri sendiri.
Memijak lantai kayu yang bertahun utuh menjadi pemijak.
Terasa desir angin menyapa pipi.
Dingin.
Dalam pandangan yang berlabuh pada permukaan lautan, hati terus berbisik.
Mampukah aku? Bisakah aku?
Kalau dulu, tak pernah ku hirau langkah yang diatur.
Waktu itu, tubuh kerdil ini terlalu berani menafikan pinjaman yang diberi.
Tiap langkah ada saja dosa yang terpalit, namun diredah bagai dunia tiada hujungnya.
Ah! Pedulikan dengan teguran!
Aku kan masih muda. Masih bisa untuk lakukan apa saja.
Dosa?
Masa tuakan tersedia untuk aku bertaubat!
Sekarang waktunya aku sedang hebat!
Solat?
Tengoklah kalau sempat!
Semudah itu kata yang boleh ku ucap.
Sedang azab yang menanti langsung tak ku hirau.
Langsung tiada risau.
"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Sampai mak dan abah mati?!"
Terngiang-ngiang ungkapan ini.
Rasa terpanah telinga kanan dan kiri.
Seumur hidupku, tak pernah ku lihat mak berputus asa.
Walau degil anaknya mencabar diri, namun nasihatnya tak pernah berhenti.
Sayangnya, waktu itu, nasihat yang diberi umpama amarah yang tak bertepi.
Sungguh aku tak mengerti.
Tak tahu menilai tiap kata yang diberi.
Jahilnya diri!
Astaghfirullah...
Dari usia remaja aku melangkah ke alam dewasa.
Masih sama.
Masih merasa hebatnya aku di atas dunia.
Dunia fana yang buatkan aku terus buta.
Rupanya disebalik pancaroba yang terselit dosa-dosa ada Pemerhatinya.
Pemerhati yang tak pernah lupa.
Pemerhati yang memberiku pinjaman dunia.
Pinjaman percuma!
Tapi aku yang sering terlupa.
Dan akhirnya diambil pinjaman yang benar-benar berharga.
Abah!... Abah!
Waktu itu hilang segala punca.
Rasa pandangan gelap gelita.
Hilang semua cahaya.
Abah!
Andai ku jerit hingga laungannya sampai di langit ke tujuh pun, aku tahu, perjanjian sudah tertulis.
Menangis?
"Bukankah kau hebat?"
"Bukankah kau kuat?"
"Mana kehebatan dan kekuatan yang ada padamu?"
"Mana teman-teman yang bisa menghiburmu?"
Ah! Terpukul aku dengan persoalan yang berlegar dihati sendiri.
Akal fikiranku berputar-putar mencari jawapan seolah menghentam kepala satu persatu.
Bertafakur aku disisi Abah.
Mak terus setia mengirimkan kalungan ayat-ayat suci.
Begitu setianya janji mak sebagai seorang isteri.
Mampukah aku jadi begitu?
Bergelar anak pun aku gagal buktikan sesuatu.
Mampukah aku?!
Tiap kali mata terpejam, terlihat abah tersenyum, terlihat keringat yang membasahi abah tika pulangnya dari kerja.
Senyuman yang abah lemparkan seusai malam tiba, tika pulang berjemaah bersama isteri tercinta.
Tiap itu juga kekesalan menyelubungi diri.
Tapi... apakah cukup dengan kekesalan yang meraja dihati?
Rupa-rupanya Allah memberi tarbiyahnya buat diri ini.
Langkah-langkah dosa, mata yang dulunya buta, dicelikkan semula.
Pemergian Abah mengajar aku mencari jalan untuk pulang ke pangkuanNya.
Betapa sayangnya Pencipta.
Sayang pada hambaNya yang alpa.
Subhanallah!
Mungkin inilah yang dikatakan keampunanNya melebihi murka yang ada.
Bagai tak percaya.
Aku mula takut dengan dosa.
Mula tercari-cari apa itu pahala.
Hati yang dulunya celik untuk dunia,
kini hanya memandang akan azabnya neraka.
Astaghfirullah...
Jiwa bagai menggapai-gapai mencari jalan ke syurga.
Allahu Akbar!
Begitu besarnya anugerah yang tercipta.
Pada mereka yang melaluinya pasti tahu apa yang ku rasa.
Ini bukanlah sekadar 'jasa', tapi limpahan rahmat dariNya Yang Maha Pengurnia.
Aku berjanji pada diri.
Tidak akan menoleh lagi.
Menoleh untuk mengenang sejarah hitam yang pernah menguasai diri.
Mengenang dosa-dosa yang aku lalui.
Sebaliknya, semua itu akan ku jadikan kekuatan dalam diri.
Untuk aku harungi.
Untuk ku habiskan sisa-sisa usia yang berbaki.


Abah...
Semoga tiap doa dan 'hadiah' yang ku berikan akan Allah sampaikan padamu... Insyaallah.
Amanlah mu disana.
Akan aku terus berbakti untukmu.
Selagi hayat dikandung usia selagi itu akan ku kirimkn 'buah tangan' buat mu disana.
Abah...
Maafkan anakmu, maafkan aku..


Mak...
Masih ada satu anugerah teristimewa yang akan ku jaga.
Aku rindu kata-kata 'amarah' mu.
Berilah kemaafan pada anakmu.
Berilah kemaafan yang sesungguh-sungguhnya buatku.
Mak...
Kalau dulu kau tetap tabah dengan kerenah ku, kini anak yang kau dambakan ada didepanmu.
Tegurlah aku, pimpinlah aku.
Tak sanggup rasanya ku ulangi kesilapan lalu kerana ku tahu hatimu luka bagai tertusuk sembilu.
Maafkan anakmu, maafkan aku...


Ya Allah...
Seluas hamparan lautan didepanku,
sedalamnya lautan yang diciptakan olehMu,
sebenarnya, luas lagi jalan yang tersedia buat ku,
lebih dalam lagi ilmu yang ada untuk ku.


Aku akan terus melangkah, untuk mencari 'kurniaan' itu.
Sekalipun ombak menghempas, takkan ku biarkan ia terlepas.
Sekalipun tersadung kaki, takkan ku biarkan ia pergi.


Liku-liku perjalanan inilah, perjuangan ku.
Perjuangan yang mengajar aku mencari redhaMu.


Kini, ku tahu,
Tiap ujian yang Kau hadirkan
disitulah kemanisan iman tersimpan.
Akan terus ku gali.
Akan terus ku daki.
Hanya keranaMu... Ya Rabbi.


Ya Allah,
Berilah untuk ku kekuatan dalam diri, kerana aku benar-benar ingin 'kembali'.
Permudahkanlah perjalanan ku ini.
Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji...aamiin Ya Rabbal'aalamiin.


********************
NOTE :-
credit utk : MUNIF AHMAD (lirik NUR TUHAN yang membawa diri menghasilkan nukilan ini.)
dn diabadikan tajuknya dlm karya kali ni. ~ maaf jika ada kesilapan..setiap yg buruk itu adalah kelemahan sy dn yg terbaik itu semuanya milik Yang Maha Esa. ~


~ NUR TUHAN ~
tak terucap kepiluan ini
titik hitam yang menghijab hati
hitung dosa saat pergi takkan kembali
sisa umur tidak undur lagi

perjalanan dalam kehidupan
bukan jauh ketentuan datang
mungkin esok takdir takkn dapat dihalang
untung nasib digenggaman Tuhan

isi alam puspawarna
bukti Tuhan Maha Kuasa
ke manakah arah tuju
hukum Tuhan pasti berlaku

bukan tempat lalai leka
didunia bakti ditempa

tanam budi luhur murni
diakhirat tempat abadi

himpun doa dipohon harapan
limpah rahmat petunjuk pimpinan
ikhtiar, usaha moga dengan Nur dari Tuhan
suluh terang jalan kebahagiaan...



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Monday, August 16, 2010

MATA HATI

Ia pemberian Yg Maha Esa
tak nampak dimata
tapi selalu terasa


Anugerah istimewa yg tiada dua
hanya satu dn bukan beribu


Ia ciptaan yg Maha Kuasa
walau sama tp tak serupa
boleh berkongsi rahsia
taat dn setia


Anugerah istiimewa buat kita
kalau gembira ia ketawa
andai terluka ia merana


Tak pernah disentuh
tp sering tersentuh
Tak pernah diguris
tp sering terhiris


Ia satu-satunya kurniaan Ilahi
bisa berbisik dn mendengar
bisa mendengar dn berbisik
tak perlu memekik
kerana ia celik


Itulah MATA HATI... pinjaman Allah buat insan dibumi, malangnya sering tak dipeduli
membiarkan ia MATI sebelum DIRI SENDIRI mengadap Ilahi...


Teman, suburknlah MATA HATI kita, agar tidak buta dn alpa...
pd Mu yg Maha Kuasa ku mohon bukaknlah MATA HATI kami utk menyintai Mu didunia hingga ke syurga Mu disana... aminn ya rabbal'alamin..



˳Azrina Abu Bakar  ˳

kau SATU dalam BERIBU...



Semalam yg ku tempuh terlalu beronak
melangkau tiap batas dan benteng
semuanya ku anggap enteng
tanpa rasa pusing walau dosa keliling...


Perjalanan silam ku tinggal kelam
ku campak ia ke jurang yg dalam
tak ingin ku capai, tak ingin ku selam
biarlah ia terus tenggelam...


Cahaya cinta aku temui
walau mulanya aku sendiri tak pasti
apakah yg sedang menanti
buat diri ku yg kerdil ini...


Aku terus mencari...
mencari sinar cahaya yang tersembunyi
tiap hari kulalui
dgn cekal dihati
dgn izin Ilahi
tersedianya ruang utk ku kembali
kembali mengenal diri...


Bukan sekali atau sehari
untuk aku mengubah diri
pelbagai ujian aku tempuhi
tak kurang yg mengeji
seolah mengejek penghijrahan ini
namun aku tahu Kau sentiasa disisi
setia menemani
setia memahami
akan terus aku gagahi
kerana ku tahu hanya jalan ini
abadi dan hakiki...


pada Mu Tuhan, ku panjat kesyukuran
kerana tiap saat Kau terus limpahkan kurniaan..
kini aku terus ditemukan
dengan mu teman
yg dpt kau berikan bimbingan
utkku atur semula langkahku yg sering tergelinciran...


anugerah yg Allah berikan melalui mu teman
takkan ku persiakan
bawalah aku menuju kebenaran
agar dapat ku timbus semua kesalahan
jangan dibiarkan aku dlm kekesalan
kekesalan yang tak berkesudahan..


tika masih punya waktu.. ingin ku nyatakan buat mu
kalian teman yg bererti buatku
telah menukarkan aku yg dahulu menjadi lebih berilmu


terima kasih wahai temanku...
kalian SATU dalam BERIBU...


Ya Allah, tempatknlah mereka dikalangan hamba2 Mu yang beriman...hanya Engkau
yg dapat membalas tiap keikhlasan ilmu yang mereka curahkan... aminn ya robbal'alaminn.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

RAHMAT MU PENAWAR BUATKU


Ya Rabbi
Sekali lagi ku hadir disini
dgn seribu rahsia dihati
ku tahu Kau telah mengerti
walau sekuat mana mulut terkunci
kerana ku tahu hati ini Kau miliki...

Ya Rabbi
Tiada kemampuan dlm diri
Untuk terus aku harungi
Terasa berat sekali bebanan dihati
Apakah ini tndanya aku diuji?

Ya Rabbi
Ibarat tali tersimpul mati
tak kan mungkin ku buka lagi
biarlah tersimpan rapi
dikamus hati yg sarat ini...

Ya Rabbi
Andai Kau terus menguji
akan ku cuba utk gagahi
kerana ku tahu tiap dugaan diberi
seolah mmbuka jalan yg selama ini ku cari...

Ya Rabbi
Cuma yg ingin ku pohonkn disini
berilah kekuatan dlm diri
agar dpt aku berdiri
berdiri dgn izinMu Ya Rabbi
dgn teguh dn pasti
tiada ragu mengelilingi
hingga ke akhir nanti
ku mahu Kau sntiasa disisi
tanpa ada yg menghalangi

Ya Rabbi... rahmatilah aku hamba mu ini
kerana rahmat Mu penawar hati yg ingin ku ubati...aminn Ya Rabbi.




˳Azrina Abu Bakar  ˳

~ KISAH SI IBU TUA ~




Seorang ibu tua
mengayuh basikal usangnya
ada irama mengiringi kayuhannya
tiap pagi, tiap hari
entah ke mana agaknya destinasi...

Seorang ibu tua
berselendang dikepala
terselit rokok dijarinya
tiap hari datang menyapa...

"Dik, ada kuih makcik? (bertanyakan pulut panggang yang amat digemari)"
itulah pertanyaan kala si ibu tua menanggung lapar yang mungkin tak tertahan...

Dengan senyuman aku hulurkan
kerana panggilan 'adik' yang diberi rasa terhibur dihati
selayaknya aku ini ibarat anaknya sendiri...

Suatu hari si ibu tua menumpang teduh dipondok itu
pondok yang menjadi limpahan rezeki buatku...

"Nak ke mana makcik, hujan-hujan begini?"
terdetik dihati,
ke manakah agaknya si ibu tua ingin pergi
kala hujan mula menyimbah bumi
walau tak lebat, tapi cukup untuk membasahi
si ibu tua dan basikal disisi...

Si ibu tua menghembuskan asap azimat
walau berkali cuba ku ingat
usah diteruskan tabiat yang sudah melekat
bimbang kesihatannya akan tergugat
tapi nasihat sekadar nasihat
tak pernah terpahat tak pernah diingat...

"Aku nak ke rumah arwah suami ku.. biar aku sendiri disitu.."
keluh si ibu tua, melepaskan apa yang terbuku.

Dari sinar mata si ibu tua
seolah ingin terus berbicara
namun kepulan asap bermaharajalela mengaburi muka...

Hati meronta ingin bertanya
kenapa agaknya ingin bersendirian di sana
sedang anak menantunya
masih ada dan punya rumah yang selesa...

Terpacul kata-kata yang menghiba
sebelum sempat aku bersuara

"Ada anak, tapi tak suka maknya.. katanya aku ini gila, banyak menyusahkan mereka.."

Telinga terus terbuka
setia mendengar tiap bicara
seakan ada insan yang terluka
yang mahu meluahkan segala...

"Diambil pakaian dilonggokkan dikepala, tak diberi makan dan minum pada aku yang dahaga"

Si ibu tua terhenti untuk berkata
walau tiada linangan airmata
tapi aku tahu hatinya parah terluka
kerana anak yang tak tahu mengenang jasa
jasa si ibu tua...

"Tak kan makcik nak bermalam dirumah yang tak berbumbung dan dindingnya usang, berlubang disini sana.?"

Kerisauan hati seorang anak singgah disanubari.

Walau antara kita tiada ikatan
namun apa yang si ibu tua katakan
tak dapat ku terima dek akal fikiran...

Sebelum si ibu tua pergi
bersama basikal usang dan kayuhan kaki
dia sempat berpesan padaku seperti aku ini anaknya sendiri...

"Jagalah ibu mu dik, walau tak diberi harta dan benda
cukuplah ibumu dipelihara hatinya
cukuplah jika ibumu dihargai tiap masa
kerana ibu tak dapat dijual beli
walau sehina manapun diri
ibumu tetap tiada pengganti..."

Ku lihat si ibu tua terus meredah
tak hirau walau dirinya basah
sebasah hatinya yg tabah...

Wahai si ibu tua
katamu ibarat pelita
mengajar aku betapa berharga
jasa seorang ibu pada anaknya...

Wahai si ibu tua
dengan airmata yang tak terseka
ku panjatkan doa buat dirinya
agar kau sentiasa berbahagia walau terluka

Ke mana pun dirimu pergi
Ke mana pun aku melangkah kaki
pesanan mu kan ku ingat sampai mati
dan tak mungkin sekali-kali
aku menderhaka pada ibu ku sendiri
ibu yang melahirkan aku ke dunia ini
ibu yang mengajar aku berlari
ibu yang sering susahkan diri
utk kesenangan anak-anak yang dikasihi...

Buat si ibu tua
ku mengharapkan ada keampunan
buat anakmu yang derhaka
dengan harapan akan tersedia Syurga Allah buatmu disana..
Insyaallah.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

~ BILA IBU TIADA LAGI ~


Wahai anak...
Bila tiba masanya nanti
Ibu pergi dn tak kembali
Jgn dilupa pesanan ini...


Ingatlah wahai anak
Kasih Ibu bukan sekadar disini
Walau Ibu tiada lagi
Kasih Ibu tetap dihati
Hati kalian yg Ibu tinggalkn disini...


Kala Ibu pergi
Bacalah kalam suci
Agar Ibu pergi dengan aman sekali
Usah ditangisi pemergian ini
Kerana ini perjanjian Ibu dengan Ilahi...


Tiap titisan airmata dipipi
Sapulah ia agar tak mengundang sedih dihati
Cukuplah sekadar kalimah suci
Yang kalian beri
Buat menemani Ibu yg kini sendiri...


Pesanan Ibu tak pernah berhenti
Solatlah anakku walau Ibu bukan lagi disisi
Taatilah tiap perintah Ilahi
Patuh pada Ayah tiap hari
Jgn sekali dengki mendengki
Kerana penyakit hati sukar diubati
Ia hanya akan menyesatkan hati...


Wahai anak ku...
Ibu sayang kamu...
Walau tiada lagi ucapan dibibir yg lesu
Ketahuilah oleh mu wahai anak ku
Tiada balasan yang Ibu mahu
Cuma jagalah dirimu dn kasihi Ibu sepanjang waktu...


Akan Ibu doakan kalian selalu
Ya Allah, berkatilah anak2 ku dengan rahmat Mu...
Sayang dari Ibu istimewa buat anak2 ku...

˳Azrina Abu Bakar  ˳
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...