Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Monday, August 16, 2010

~ KISAH SI IBU TUA ~




Seorang ibu tua
mengayuh basikal usangnya
ada irama mengiringi kayuhannya
tiap pagi, tiap hari
entah ke mana agaknya destinasi...

Seorang ibu tua
berselendang dikepala
terselit rokok dijarinya
tiap hari datang menyapa...

"Dik, ada kuih makcik? (bertanyakan pulut panggang yang amat digemari)"
itulah pertanyaan kala si ibu tua menanggung lapar yang mungkin tak tertahan...

Dengan senyuman aku hulurkan
kerana panggilan 'adik' yang diberi rasa terhibur dihati
selayaknya aku ini ibarat anaknya sendiri...

Suatu hari si ibu tua menumpang teduh dipondok itu
pondok yang menjadi limpahan rezeki buatku...

"Nak ke mana makcik, hujan-hujan begini?"
terdetik dihati,
ke manakah agaknya si ibu tua ingin pergi
kala hujan mula menyimbah bumi
walau tak lebat, tapi cukup untuk membasahi
si ibu tua dan basikal disisi...

Si ibu tua menghembuskan asap azimat
walau berkali cuba ku ingat
usah diteruskan tabiat yang sudah melekat
bimbang kesihatannya akan tergugat
tapi nasihat sekadar nasihat
tak pernah terpahat tak pernah diingat...

"Aku nak ke rumah arwah suami ku.. biar aku sendiri disitu.."
keluh si ibu tua, melepaskan apa yang terbuku.

Dari sinar mata si ibu tua
seolah ingin terus berbicara
namun kepulan asap bermaharajalela mengaburi muka...

Hati meronta ingin bertanya
kenapa agaknya ingin bersendirian di sana
sedang anak menantunya
masih ada dan punya rumah yang selesa...

Terpacul kata-kata yang menghiba
sebelum sempat aku bersuara

"Ada anak, tapi tak suka maknya.. katanya aku ini gila, banyak menyusahkan mereka.."

Telinga terus terbuka
setia mendengar tiap bicara
seakan ada insan yang terluka
yang mahu meluahkan segala...

"Diambil pakaian dilonggokkan dikepala, tak diberi makan dan minum pada aku yang dahaga"

Si ibu tua terhenti untuk berkata
walau tiada linangan airmata
tapi aku tahu hatinya parah terluka
kerana anak yang tak tahu mengenang jasa
jasa si ibu tua...

"Tak kan makcik nak bermalam dirumah yang tak berbumbung dan dindingnya usang, berlubang disini sana.?"

Kerisauan hati seorang anak singgah disanubari.

Walau antara kita tiada ikatan
namun apa yang si ibu tua katakan
tak dapat ku terima dek akal fikiran...

Sebelum si ibu tua pergi
bersama basikal usang dan kayuhan kaki
dia sempat berpesan padaku seperti aku ini anaknya sendiri...

"Jagalah ibu mu dik, walau tak diberi harta dan benda
cukuplah ibumu dipelihara hatinya
cukuplah jika ibumu dihargai tiap masa
kerana ibu tak dapat dijual beli
walau sehina manapun diri
ibumu tetap tiada pengganti..."

Ku lihat si ibu tua terus meredah
tak hirau walau dirinya basah
sebasah hatinya yg tabah...

Wahai si ibu tua
katamu ibarat pelita
mengajar aku betapa berharga
jasa seorang ibu pada anaknya...

Wahai si ibu tua
dengan airmata yang tak terseka
ku panjatkan doa buat dirinya
agar kau sentiasa berbahagia walau terluka

Ke mana pun dirimu pergi
Ke mana pun aku melangkah kaki
pesanan mu kan ku ingat sampai mati
dan tak mungkin sekali-kali
aku menderhaka pada ibu ku sendiri
ibu yang melahirkan aku ke dunia ini
ibu yang mengajar aku berlari
ibu yang sering susahkan diri
utk kesenangan anak-anak yang dikasihi...

Buat si ibu tua
ku mengharapkan ada keampunan
buat anakmu yang derhaka
dengan harapan akan tersedia Syurga Allah buatmu disana..
Insyaallah.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...