(Alhamdulillah... 24hb September 2012, diulangtahun mak yg ke 64, artikel ini disiarkan dilaman ILUVISLAM. Moga perkongsian ini dpt dimanfaatkan bersama dan Allah terus membuka ruang yg luas untuk saya terus menulis... Insyaallah)
Petang itu hujan agak lebat ketika dalam perjalanan pulang dari kuliah.
Saya memberhentikan kereta, singgah disebuah kedai buku.
Melihat keadaan hujan yang semakin lebat menjadikan saya begitu leka membaca.
Tertarik pada tajuk sebuah artikel dalam majalah yang sedang saya baca.
"Berilah maaf...".
------------------------------------------------------------
Subhanallah, teringat saya pada seorang sahabat.
Dia meluahkan rasa hatinya, yang begitu berat untuk memaafkan.
Seperti biasa, saya tersenyum memandang wajahnya.
Wajahnya sedikit mencuka.
Mungkin merasa tidak selesa dengan senyuman yang diberikan padanya.
Dia menjeling sinis.
"Orang cakap betul-betul, dia senyum."
Itu yang terlahir dari bibirnya.
Saya masih juga senyum.
"Marah?"
Hanya sepotong pertanyaan yang saya ungkapkan padanya.
Fikirannya yang serabut kini terpamer pada wajah.
Saya merenung wajah sahabat ini.
Memang benar, wajahnya sarat menahan diri untuk tidak memberi maaf.
"Bahagia dengan apa yang awak rasa sekarang?"
Saya cuba menjeratnya dengan apa yang cuba dipertahankan.
Termanggu dia memandang saya.
Seperti ada kekeliruan menjelma.
Atau mungkin juga mula mencari dimana punca pada rasa serabut yang ada.
"Kenapa saya selalu lihat awak bahagia?"
Itu yang terpacul dari mulutnya.
"Mungkin kerana saat saya duka awak tidak bersama..."
Spontan saya berbahasa bersama sisa senyum yang masih ada.
Kali ini, dia merenung saya dalam-dalam.
Bersama dua tangan yang erat digenggam.
Pandangan kami saling menyapa, menjadikan hati sedikit hiba.
Dikelopak matanya ada genangan yang hampir gugur.
Mungkin saat ini, apa yang dipertahankan tidak lagi akur.
Dengan nada kasih sayang yang lahir dari hati saya, saya berpesan padanya...
"Inilah sebenarnya bahagia. Saat kita memberi maaf pada Si Pendosa. Tidak ke mana keegoan yang kita pertahankan. Semuanya hanya mengundang kebencian, malah ianya mengundang kemurkaan Tuhan."
Perlahan-lahan saya cuba menyapu titis jernih yang mengalir dipipinya.
Untuk seketika saya biarkan dia menangis.
Menangislah untuk belajar bahagia.
Menangislah bersama tangisan seorang hamba.
Sesungguhnya kita juga selalu berdosa, berdosa pada Sang Pencipta.
Sedang Dia sentiasa memberi ampun pada hamba-hambaNya, mengapa kita tidak mahu memberi maaf pada yang lainnya?
Astaghfirullah... mata saya juga turut berkaca.
"Berilah maaf..." mengiringi perjalanan pulang saya pada petang itu.
Moga dia kini bahagia.
Bahagia bersama pesan saya padanya.
Bahagia yang diizinkan Pencipta buat hamba-hambaNya yang selalu berdosa...
Astaghfirullah.
˳Azrina Abu Bakar ˳
4 comments:
Assalamualaikum w.b.t...
Tak dinafikan memang ada masanya sukar untuk memberi maaf...adakalanya kita menahan marah dihati sehingga tidak sedar kedatangan si air mata...apa yang akak katakan betul...lihat lah pada diri kita kerana kita juga xpernah lepas dr berbuat dosa...tp Allah msh menyampaikan sayangNya kepada hamba2 Nya...Allah masih lagi memaafkan kita walau berulang kali kita berbuat dosa terhadap Nya...dengan kemaafan yang ikhlas kita berikan pada seseorang,pasti akan berbuahkan kepuasan dan kelegaan di dalam hati yang sakit...semoga sahabat akak sudah memberi maaf dan sedang berbahagia dgn kemaafan yg diberinya...amin...
-iman-
Inyaallah.. dn moga kita mngambil pengajaran dr kisahnya..syukran iman.. :)
"Mcari jln pulang"..penuh makna yg mendalam...kita hamba Allah apa persediaan kita mghadap Ilahi kelak...
moga perjalanan pulang kita ini sentiasa dalam pimpinan Allah SWT.. ssmiin Ya Rabb. ~ Terima kasih atas kunjungan.. moga Allah redha.
Post a Comment