Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Thursday, April 26, 2012

Pautlah Hatiku Ini...


Bismillahirrahmanirrahim...

Terasa seperti mahu mencoretkan isi hati

Mahu meluahkan segalanya yang tertanam disanubari

Namun, setiap kali jari ini ingin ku tari

Langkah tarinya serta-merta terhenti.

Seolah memberitahu pada hati

Mengapa mahu meluahkan pada dia yang tidak mampu memahami?

Seolah memberi pesan pada diri

Mengapa saat ini goyahnya tauhid pada Ilahi?

Ya Allah...

Setiap kali bicara begini membidas dihati,

Setiap itu juga aku mula membiarkan titis jernih ini mengalir dipipi...

Ya Allah...

Dalam malu untuk aku membicarakan dosa ini padaMu,

Dan sejauh mana aku cuba sembunyi,

Lebih jauh lagi Engkau Mengerti.

Allahumma Ya Allah...

Usah biar aku berlari dengan malu ku sendiri.

Pimpinlah aku kembali

Pautlah hati yang sedang menangis ini

Yang minta untuk dilindungi

Yang merayu untuk dikasihani...

Allahu Allah.

˳Azrina Abu Bakar  ˳

Saturday, April 14, 2012

Bila Jari Ini Menari...



Menulis itu seperti mengembara...


Bermula, berada ditengah-tengahnya, dan mengakhiri sebuah cerita...


Menulis itu melahirkan isi hati...


Tidak hanya isi hati kita, namun terkadang kita menulis isi hati mereka...


Menulis, bukan hanya bercerita...


Sebaliknya, kita menyampaikan kata yang tak terucap ditelinga...


Menulis... menulislah selagi diberi daya...


Kerana bersamanya, ada cinta...


Cinta Hati yang bernama Ilahi...


Allahu Allah...


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Monday, April 9, 2012

Sumayyah... Cinta Hati ini, Cinta Ilahi...



Kisah ini ramai yang mengetahuinya.
Berulangkali membacanya, menghayatinya, titis jernih pasti mengalir dipipi.
Inilah mujahidah yang amat saya kagumi.
Saya sangat menyintainya.
Menyintai ketaatan dan keteguhan hati yang Allah kurniakan padanya.
Subhanallah.
Moga cinta hati saya ini, dapat saya temuinya diSyurga.
Dapat bersama selamanya, diJannah yang penuh bahagia.
Dialah kekuatan pada jiwa dan roh.
Contoh yang selalu menjadikan saya berusaha untuk menjadi hamba sehebat dirinya.
Ya Allah, kurniakan cinta dihati ini, sepertimana cintanya padaMu agar dapat kami bersatu... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

[Saya berterima kasih pada yang menulis, kali ini saya hanya menyebarkan coretannya. Manfaatnya yang begitu berharga. Moga rahmat dari Allah sentiasa bersama kita yang mahu menjadi hamba... Insyaallah].
___________________________________________

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.

Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasuk jiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Saturday, April 7, 2012

Kita Memandang Langit Yang Sama...



Katanya,
Memandang langit itu punya cerita...
Cerita tentang satu kuasa
Cerita hebat tentang Dia Yang Mencipta...


Kataku,
Memandang langit itu punya rasa syahdu...
Punya rasa ingin mengadu
Punya rasa ingin memberitahu...


Subhanallah...
Dua bicara yang berbeza
Dari jiwa si hamba yang selalu alpa...


Namun, saat memandang langit ini
Satu rasa yang sama menjadi kurnia
Rasa cinta pada Sang Pemilik Nyawa
Rasa cinta yang tidak pernah dipaksa...


Semuanya kerana jiwa kita jiwa hamba
Roh kita sentiasa ingin bersamaNya...


Masyaallah.

˳Azrina Abu Bakar  ˳

Friday, April 6, 2012

Nota Cinta Hamba...


Kita bersama bukan untuk bercinta
Kita bersama kerana mahukan cinta pada Yang Esa


Kita bersama bukan hanya untuk ketawa
Kita bersama kerana mahukan bahagia disisi Sang Pencipta


Ketahuilah...
Andai terselit cinta pada dia yang bernama hamba
Jadikan cinta itu cinta kerana Dia, Sang Pemilik Cinta Seisi Dunia


Andai terguris hati kerana dia yang juga hamba
Jadikan luka itu jalan untuk bersama Dia, Sang Pemilik Nyawa


Kita bersama bukan untuk memuja
Kita bersama kerana mahu menjadi hamba padaNya


Allahu Allah.

˳Azrina Abu Bakar  ˳

Pesan Hamba Untuk Hamba IV


Ilmu itu lambang ketaatan.
Ilmu itu lambang kepatuhan.


Hamba yang berilmu adalah hamba yang taat dan patuh pada aturan dan larangan dari Allah.


Tidaklah berilmu jika hanya tahu.
Kerana hamba yang berilmu sentiasa takut dan cinta pada Sang Pencipta seiring usia yang dianugerahkan padanya.


Allahu Allah.

˳Azrina Abu Bakar  ˳
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...