Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Tuesday, October 18, 2011

Andai Neraka Yang Menyambutnya... Na'uzubillah!


Perjalanan dunia kian bertamu ke hujungnya
Persiapan kita makin singkat
Saat waktu kian mendekat
Apakah bekal isinya terus meningkat?

Derap tapak kian tamat aturannya
Persinggahan dunia makin diakhiri usia
Apakah kita ini bersedia ke sana?

Bertaburan petunjuk dari Ilahi
Ada yang merebutnya
Ada juga sambil lewa
Namun ada yang menggengamnya
tapi terlepas pula
Saat nyawa hanya separuh dijasadnya
berciciran dalam alpa
sengaja tidak dikutip semula
dibiarkan berlalu tanpa rasa berdosa

Ya Allah, Ya Ghafir...

Keampunan mu mengubati tiap palitan dosa
Pintu taubat yang terbuka menyimbahi Nur kasih sayang yang ada

Betapa hamba-hamba Mu yang selalu terlupa
Menyeret diri untuk terus meminta
Meminta agar Kau menghulurkan cahaya dijalan yang gelita
Meminta untuk dipimpinkan kami jalan ke Syurga
kerana tidak sanggup jasad kerdil ini
dilontarkan dalam bakaran yang menyala
kerana tidak sanggup rasanya
andai Neraka yang menyambut kehadiran kami disana... Na'uzubillah.

Astaghfirullah...




˳Azrina Abu Bakar  ˳

Monday, October 17, 2011

Aku Tidak Sehebat Itu...




Aku tidak sehebat itu
Sebagaimana pandangan mata mu
Aku tidak sehebat itu
Seperti apa yang tersirat diakal mu


Aku ini hanyalah aku
Seorang hamba yang meniti waktu
Aku ini hanyalah aku
Seorang hamba yang berdosa selalu


Sekadar berteman jemari yang menari
Dengan alunan bahasa puisi yang singgah dihati
Aku damai begini
Walau tidak sehebat mana pun diri
Aku ditemani cintaNya yang hakiki...


Allahu Akbar!



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Thursday, October 13, 2011

Setitis Cinta Buatku...



Aku pernah berada disitu
Di satu penjuru yang berliku
Aku pernah sepertimu
Berada dipenjuru yang penuh buntu

Waktu itu,
Langit kelabu rasa cerah selalu
Angin yang berdebu berserakan diparu-paru
Tidak merasa haru
Tidak langsung celaru
Tapi rupanya aku ini seorang insan bisu
Bisu untuk berbahasa denganNya Yang Maha Tahu

Perlahan-lahan pandangan yang berdebu
Ku kais satu persatu
Mengharapkan jalan yang kelabu dan buntu
Ada lorong yang dapat ku temu
Dan dihujung penjuru itu
Ada sinar yang menunggu
Sinar cahaya yang membawa ku mengenali Mu

Aku terharu
Kerana dalam alpa tetap jua ada cahaya
Dalam terlena masih jua dihidupkan semula
Sungguh benar,
Engkau Pemilik Segala Sesuatu
Engkau jua Pemilik Hati yang bersalut debu

Namun, Kau jernihkan dengan sinaran Nur yang terindah buatku...
Subhanallah...



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, October 4, 2011

Jejak Si Hamba


Dengan izin Allah,
Hari ini, aku semakin mengenali Pencipta
Dengan izin Allah,
Hari ini, aku ingin membawa kalian mendekati Pencipta

Bersama Pencipta
Kita berusaha menjadi hamba
Bersama Pencipta
Kita belajar untuk setia
Bersama Pencipta
Kita menagih RedhaNya
Bersama Pencipta
Kita sentiasa menjejaki Syurga

Mahukah kalian bersamaku menyeberangi dunia fana ini bersama...?
Allahu Akbar!
Moga Allah permudahkan tiap langkah yang diatur ke akhirat sana...



˳Azrina Abu Bakar  ˳
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...