Perjalanan dunia kian bertamu ke hujungnya
Persiapan kita makin singkat
Saat waktu kian mendekat
Apakah bekal isinya terus meningkat?
Derap tapak kian tamat aturannya
Persinggahan dunia makin diakhiri usia
Apakah kita ini bersedia ke sana?
Bertaburan petunjuk dari Ilahi
Ada yang merebutnya
Ada juga sambil lewa
Namun ada yang menggengamnya
tapi terlepas pula
Saat nyawa hanya separuh dijasadnya
berciciran dalam alpa
sengaja tidak dikutip semula
dibiarkan berlalu tanpa rasa berdosa
Ya Allah, Ya Ghafir...
Keampunan mu mengubati tiap palitan dosa
Pintu taubat yang terbuka menyimbahi Nur kasih sayang yang ada
Betapa hamba-hamba Mu yang selalu terlupa
Menyeret diri untuk terus meminta
Meminta agar Kau menghulurkan cahaya dijalan yang gelita
Meminta untuk dipimpinkan kami jalan ke Syurga
kerana tidak sanggup jasad kerdil ini
dilontarkan dalam bakaran yang menyala
kerana tidak sanggup rasanya
andai Neraka yang menyambut kehadiran kami disana... Na'uzubillah.
Astaghfirullah...
˳Azrina Abu Bakar ˳
No comments:
Post a Comment