Namun, pilihan yang selalu diambil hitam atau putih nan suci
Tersalah pilih maka gelap pandangan
Laluan menjadi tidak ketahuan
Andai pilihan menepati
Berbahagialah sekeping hati si hamba ini...
Ya Allah...
Beginilah aku dalam meniti waktu-waktu yang tersisa
Adakalanya hati girang dan gembira
Tiap perkara terasa begitu enteng melaluinya
Ya Allah...
Saat ujian membadai
Kembali berderai titis jernih dikelopak mata ini
Sesungguhnya, hamba Mu ini begitu tidak mampu
Bergetar dalam gelora yang diburu
Cuba berdiri semata-mata dengan kudrat Mu...
Ya Allah...
Maafkan aku kerana terus jua mengadu
Merintih, memohon hanya pada Mu Yang Satu
Tiada tempat selain Mu untuk ku luahkan
Kerana istimewanya Diri Mu tiada bandingan...
Ya Allah...
Kala runtuhnya perasaan
Kau sentiasa memberi sentuhan
Kala gugurnya kebahagiaan
Kau disisi bersama harapan
Ya Allah...
Percaturan yang Engkau berikan
Mendidik aku dalam kesabaran
Andai dulu jiwa dan roh sering mengeluh
Mengapa dan kenapa
Namun, kini aku semakin berlapang dada
Kerana aku mahu mendekati Mu wahai Sang Pencipta...
Andai dulu sabar itu bukanlah sahabat
Namun ujian yang Engkau tebarkan
Menukar sabar sebagai penawar...
Allahu Akbar!
Bersama Mu, ku pohon pimpinan dan perlindungan
agar duri-duri dicelah perjalanan
ku tempuhi tanpa calar dan kesakitan
sekalipun titis jernih tetap ku alirkan
namun ku tahu bersamanya jua
ada kesabaran yang menjadi satu kurniaan...
˳Azrina Abu Bakar ˳
2 comments:
syahdu....terima kasih m.ngah atas sgala2 muhasabah ini menjadi peneman dikala alpa...
Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah jua yg mengingatkn hamba2 yg dikasihinya...Insyaallah.
Post a Comment