Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Saturday, May 7, 2011

Pabila Pintu Hijrah Dibuka


Pabila pintu hijrah dibuka
Langkah yg diatur mula terhenti
Berfikir akal dan hati
Tersedar mati itu pasti

Pabila pintu hijrah dibuka
Akal dilamar resah
Resah kesilapan yang berserakan
Resah pada kenangan dan pengalaman

Pabila pintu hijrah dibuka
Hati bercantum rindu
Rindu pada Yang Maha Tahu
Rindu akan jalan bertemuMu

Betapa bimbangnya hati
Pabila pintu hijrah dibuka
Bimbang kembali berdosa
Bimbang tidak diampun olehNya
Bimbang yang menerpa
Bersama airmata taubat nasuha

Allahu Allah!
Bawalah aku menyusuri
Pintu hijrah yang terbuka
Bersama rahmat dan redha
Bersama kasih dan cinta
Agar dapat hamba bertemuMu disana
Wahai Pencipta Yang Mengaturkan segala...




˳Azrina Abu Bakar  ˳

2 comments:

Hazirah Abdul Kadir said...

salam m.ngah...artikel2 m.ngah banyak membuka minda acik..sekaligus benar2 menginsafkan...m.ngah buat sendiri ke nukilan2 dalam blog ni? kalau inilah hasil original nukilan dari m.ngah acik tabik spring kt m.ngah...Tahniah...boleh jadi penulis buku nie...sb ada bakat yang mendalam..dan aura tersendiri..

aZRINa said...

alhamdulillah.. tiap apa yg Allah ilhamkn mkngah cuba smpaikan.. ianya bisikan yg lahir tatkala hati benar2 rs dkt dgnNya.
spt yg acik pernah katakn pd mkngah, lunaknya hati seorg hamba pd Sang Pencipta, mnjdkn hati kita selalu berbisik2 bagai berkata2 dgnNya. inilah yg ada dihati kecil mkngah.. salah satu tmpat luahan dn rintihan yg selalu memohon agar Allah mndgr dn memandang pd diri yg kerdil ini.
satu kepuasan bila bisikan hati dpt dicoretkn pd blog.. salah satu tempat terbaik utk dijdkn 'teman' kala hati benar2 rindu pdNya Yg Maha Esa. Subhanallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...