Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Monday, August 16, 2010

RAHMAT MU PENAWAR BUATKU


Ya Rabbi
Sekali lagi ku hadir disini
dgn seribu rahsia dihati
ku tahu Kau telah mengerti
walau sekuat mana mulut terkunci
kerana ku tahu hati ini Kau miliki...

Ya Rabbi
Tiada kemampuan dlm diri
Untuk terus aku harungi
Terasa berat sekali bebanan dihati
Apakah ini tndanya aku diuji?

Ya Rabbi
Ibarat tali tersimpul mati
tak kan mungkin ku buka lagi
biarlah tersimpan rapi
dikamus hati yg sarat ini...

Ya Rabbi
Andai Kau terus menguji
akan ku cuba utk gagahi
kerana ku tahu tiap dugaan diberi
seolah mmbuka jalan yg selama ini ku cari...

Ya Rabbi
Cuma yg ingin ku pohonkn disini
berilah kekuatan dlm diri
agar dpt aku berdiri
berdiri dgn izinMu Ya Rabbi
dgn teguh dn pasti
tiada ragu mengelilingi
hingga ke akhir nanti
ku mahu Kau sntiasa disisi
tanpa ada yg menghalangi

Ya Rabbi... rahmatilah aku hamba mu ini
kerana rahmat Mu penawar hati yg ingin ku ubati...aminn Ya Rabbi.




˳Azrina Abu Bakar  ˳

2 comments:

Hazirah Abdul Kadir said...

Amin Ya RABBI...Engkau anugerahkanlah diriku dan insan ini kebahagiaan yang hakiki kerana ENGKAU yang maha mengetahui hati kecilnya yang tulus dalam mendamba cintaMu..

aZRINa Abu Bakar said...

aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
:: mlm ni, acik benar2 buatkn mkngah terharu.. T__T..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...