Dipelihara agar tidak disakiti
Dipelihara agar tidak dilukai
Sekeping hati kurniaan Ilahi
Dibiar sepi tanpa ada yang peduli
Dibiar sendiri bertemankan sunyi
Sekeping hati tertanam disanubari
Yang selalu dicemburui nafsu sndiri
Yang selalu menghargai dan menyayangi
Yang selalu jua mengundang benci
Dan sekeping hati ini jua
Yang selalu berkongsi segala
tangis, duka dan lara
senyum riang gembira
BersamaNya yang Mencipta...
Hanya sekeping hati cuma
Namun Kau meletakkan segala...
Subhanallah...
˳Azrina Abu Bakar ˳
3 comments:
Terima kasih kerana menziarahi blog saya ...insyaalah mudah2an Allah mengilhamkan kita karya karya indah agar dapat kita puitiskan semata untuk ubudiyah kepadanya ...jiwa manusia itu penuh dengan warna warna seni jadi temukanlah seni tulisan itu dengan jiwanya yang mudah2an ianya akan kembali kepada Allah ...
tahniah juga buat m.ngah kerana sentiasa meniti jalan2 yang terbuka luas ini.tidak semua insan memiliki rasa cinta yang tak terbatas ini.kerana cintanya hamba kepada Kekasihnya umpama disaat terlalu dahaga mencari setitis air dipadang pasir yang terik.teruskan jua usaha murnimu m.ngah untuk terus mlakar luahan nurani pembentuk hati ini.kita bersama dalam perjuangan ini.perjuangan seorang Hamba.
Alhamdulillah... moga tiap usaha yg kita sebarkn bisa mndekat perhubungan hati seorg hamba bersama Penciptanya.. Insyaallah.
Post a Comment