Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Thursday, March 14, 2013

Cinta...


Malam ini...
Hati kecil berbisik sendiri.
Mengapa agaknya ada cinta yang tersembunyi?
Mengapa kurnia cinta ini yang Allah beri?

Malam ini...
Hati kecil ini bicara tanpa suara.
Mengapa masih juga menyinta sedang hati terluka?
Mengapa jua cinta yang dirasa kala menangis kecewa?

Cinta...
Bukan hanya sebuah kata.
Malah ianya melebihi apa yang kita rasa.

Cinta...
Bukan sandiwara.
Bukan lakonan dipentas dunia.
Bukan milik kita sebenarnya.

Cinta itu, pengisian hati buat Si Hamba.
Cinta itu, tidak pernah buta atau melalaikan sesiapa.
Cinta yang menyatukan roh dan jiwa.
Cinta yang menjadikan kita hamba padaNya.

Sesungguhnya,
Yang melukakan itu, bukan kerana cinta.
Yang menangis kecewa juga bukan kerana cinta.

Sebaliknya, itu semua kerana hati mu buta.
Buta untuk memahami erti cinta yang Allah kurniakan pada Si Hamba.
Buta kerana kau memberikan cinta yang dikurnia kepada manusia.

Astaghfirullah.

Bercintalah disusur jalan yang diredhaiNya !


Moga Allah redha..


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Friday, March 1, 2013

Dia Yang Bernama 'Tuhan'...


Pernah suatu waktu, diri ini begitu takut ditinggalkan.
Memikirkan tiada lagi kekuatan.
Tiada lagi keindahan.

Rupa-rupanya, saat takut kehilangan diri terlupa akan sebuah keagungan.
Keagungan yang tak pernah meninggalkan.
Keagungan yang memberikan kekuatan.
Keagungan yang menciptakan keindahan.

Allahu Akbar!

Dalam meratapi kehilangan yang tidak menguntungkan,
Dia pertemukan aku dengan sebuah kebenaran.
Kebenaran yang membawa makna sebenar sebuah kehilangan.
Kebenaran yang akhirnya mengenalkan aku denganNya yang bernama Tuhan.

Subhanallah.




˳Azrina Abu Bakar  ˳

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...