Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Wednesday, January 2, 2013

Islam Itu Tinggi Nilainya...



Assalamu'alaikum.. Salam 2013.

Jari ingin menari pagi ini hanya kerana saya tertarik pada status Ust Ahmad Dusuki ;

Kata Ustaz ;
[ Hari ini, suatu pemandangan yg ganjil, menghantar anak ke tadika islam, sekolah agama, ibu tidak bertudung, pakaian seksi pulak! ah, mengharap anak masuk syurga tp diri sendiri membiarkan ke lembah dan jurang neraka pulak!!. dunia akhir zaman, jgn ada pulak yg komen "siapalah kita nak menghukumkan orang utk kesyurga dan neraka" nampak sangat ke jahilan diri menuntut ilmu Allah.. ]

------------------------------------------------------------

Hal ini mengingatkan saya tentang peristiwa setahun yang lalu.

Seorang kenalan memberitahu pada saya, dia amat berharap anaknya dapat memasuki ke Sekolah Agama (Maahad) utk kemasukan ke Tingkatan Satu.

Alasannya, dia nak anaknya pandai agama.

Alhamdulillah.
Saya tersenyum.

Sambil memegang bahunya, saya kata, kena doa banyak-banyak. Doa ibu itu mustajab.
Lagi baik kalau ibu jadi teladan untuk anak.. Insyaa Allah dipermudahkan Allah.

Sayangnya, jawapan yang saya terima "Tak pelah.. biar anak dulu.. kalau anak jadi tahfiz/pandai dalam agama esok-esok boleh tarik mak abahnya masuk syurga. Mak 'rock sikit' xper.. yang penting anak2 kita didik betul2."

Waktu tu, saya betul-betul terpaku. Rasa takut.

Dan yang saya tahu Allah mendengar tiap ucapannya.
Kata-katanya "Mak rock sikit xper." menjadi kebencian dihati. Dia seolah-olah mempersendakan hakikat dosa dan pahala. Astaghfirullah.

Benar kata Ustaz Ahmad Dusuki, kata-kata seseorang akan menampakkan kejahilan diri dalam kita menuntut ilmu... Allah..^^.

Moga Allah memberi hidayah dan kefahaman padanya.. aamiin Ya Allah.

Dan benarlah Allah itu Maha Kuasa dan Maha Mengkehendaki atas sesuatu.

Anak kenalan ini, mendapat tawaran di Maahad tersebut, dan pada waktu yang sama juga mendapat tawaran di satu sekolah berasrama penuh (sekolah akademik).

Sekali lagi ibunya bertemu saya, dan dia memberitahu saya bahawa dia memilih sekolah akademik, kali ini  alasan yang diberikannya, hanya kerana dia melihat sekolah itu lebih baik (cantik dari segi pemandangan dan katanya semua budak-budak yang mendapat tempat disitu adalah murid cemerlang).

Saya hanya diam.

Memberi senyum tawar padanya. Bukan kerana cemburu, tetapi dihati terasa seolah-olah dia melepaskan peluang untuk anaknya menjadi ahli agama.

Bukan niat saya untuk mengatakan sekolah akademik tidak baik.

Namun, pada saya agama adalah segala-galanya. Dan agama tidak pernah mencicirkan kita dengan dunia.

Itulah janji Allah.

Bila saya mengingatkan kisah ini, ia memberi saya satu pengajaran dan sangat berhati-hati dalam usaha untuk menjadikan diri dan keluarga sentiasa berada dilandasanNya.

Malah, pada saya hidayah Allah itu belum tentu akan hadir berulang-ulang kali.

Ambillah saat ia tiba, bimbang kehadirannya sekali lagi ketika kita tidak lagi berada diatas muka bumi ini.

Astaghfirullah...^^

Moga Allah redha.
Insyaa Allah.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

6 comments:

Adam Abdillah said...

Amat dituntut oleh agama untuk seorang yang beriman, menjaga lidah dan kemaluannya dari menjerumuskan dirinya ke dalam neraka Allah. Moga Allah memberi kefahaman agama kepada kita, insyallah.

Ya Allah, jauhkanlah azab neraka daripada kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membawa kebinasaan yang kekal.

aZRINa Abu Bakar said...

aamiin..aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Alhamdulillah.. lama Adam menyepi dari ruang komen diblog ini.. ~ walau apa juga situasi, moga diri sentiasa dalam peliharaan dn rahmat serta redha dariNya... Insyaa Allah.. :)

Adam Abdillah said...

Memang rindu juga untuk menulis, sebenarnya tengah kumpul bahan untuk menulis cerpen, tapi memang ambil masa ... Tu yang bulan Jan 2013 ni baru dapat buat post yang baru untuk blog. Jmpt komen, :) ...

Sebenarnya takut untuk menulis yang jika dengannya akan merugikan manusia lain kerana membaca tulisan saya yang tidak elok, terutamanya rugi masa mereka. Itu yang biasanya banyak masa diambil untuk saya menulis, maaf ye ... Takut berbuat kesilapan dalam berbicara dan menulis, tapi mengharap juga agar Allah terima, usaha kecil saya melalui tulisan ini.

aZRINa Abu Bakar said...

Alhamdulillah.. Niat yang baik bersama usaha dan doa akan sentiasa dipermudahkan Allah.. Insyaa Allah.

Menulis perkara yang membawa manfaat tidak akan merugikan org lain. Sekalipun tidak semua tulisan kita dibaca oleh orang lain, tapi percayalah, selagi ianya perkara yang baik pasti ada kebaikannya.

Teruskan usaha untuk menulis. Menulis hanya kerana Allah akan menjadi peringatan buat diri terutamanya. Selebihnya hanya Allah jua yang akan meletakkan ianya baik dan manfaat buat yang lainnya.

Jadilah penulis yang menulis kerana dambakan redha dariNya. Moga dengan tulisan juga akan menjadi 'bekalan yang bermanfaat diakhirat kelak'.. aamiin aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Adam Abdillah said...

Tidak dikejar, tingginya pujian manusia, cuma berharap tulisan yang sedikit ini, dapat membaiki hati ini terutamanya, supaya dekat dengan cintaNYA ... Agar menjadi manusia yang lebih baik ...

aZRINa Abu Bakar said...

Insyaallah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...