Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Friday, August 10, 2012

Ramadhan Terakhir Buatmu...



Semalam, Allah menyusun satu perjalanan buat sahabat yang sama-sama satu kumpulan dalam bertadarus Al Quran.
Juga sahabat yang selama ini sentiasa bersama di kuliah-kuliah pengajian.
Arwah Makcik Fatimah, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 20 Ramadhan.
Perjalanannya begitu indah.
Perginya dibulan mulia.
Jumaat yang barokah, menyambut kehadirannya dialam baqa'.
Subhanallah.
Sehari sebelum arwah dimasukkan ke hospital, arwah masih lagi sempat bersama-sama disurau mengerjakan solat Tarawih.
Itulah kali terakhir saya mencium kedua pipi dan memeluknya erat-erat. :'(
Begitu juga ketika hari terakhir bertadarus, arwah bersalaman dengan semua sahabat, malah sempat meninggalkan kata-kata akhir, "Rasanya makcik x lama disini".
Allahu Akbar!
Hanya kiriman doa dan ayat-ayat suci mengiringi perjalanan makcik.
Lebih indah, jenazahnya disolatkan oleh salah seorang anak lelakinya (yg merupakan seorang Hafiz Al Quran).
Malah bacaan talqinnya juga turut disempurnakan oleh anaknya.
Subhanallah.
Kurnia Allah buatnya.
Banyak yang saya belajar darinya.
Punya semangat yang tak pernah luntur dalam berilmu sekalipun sukar.
Sering memberi pesan dan perkongsian pada sahabat seperjuangan.
Perginya bersama kenangan yang mendekatkan kami dengan Tuhan.
MasyaAllah.
Moga Allah merahmatimu.. makcik Fatimah.
:'(

---------------------------------------------------

Pesanan terakhirnya pada saya,
"Jangan lupa cium dahi dan kening mak, bila bersalam. Itu yang selalu anak makcik buat pada makcik. Nanti Allah berikan ganjaran Syurga pada kamu... Insyaallah".

Ya, Allah.. :'(

Dan, perkara terakhir yang sempat saya lakukan buatnya, arwah mahu saya belikan Al Quran Terjemahan yang sama seperti saya.
Alhamdulillah, sempat juga digunakan untuk bertadarus diRamadhan yang terakhir buatnya... :'(

Moga Allah redha.
Al Fatihah.
˳Azrina Abu Bakar  ˳

2 comments:

Anonymous said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ...
Walaupun dirundum duka kerana pemergian makcik fatimah tetapi rasa bersyukur yg teramat sangat kerana makcik fatimah pergi dibulan yang penuh kemuliaan dan juga pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari...

Selama ini saya juga pernah terlintas dihati "andai aku dijemput pergi,biarlah pemergian ku pada hari jumaat di bulan ramadhan dan biarlah aku mati dalam keadaan husnul khotimah"...tapi apakan daya kerana sesungguhnya ajal seseorang itu adalah "top secret" ALLAH Yang Maha Esa dan kita hanya mampu berdoa untuk dapatkan yang terbaik sebagai bekalan didunia yang kekal akan datang...

Sama-sama kita doakan agar arwah makcik Fatimah ditempatkan bersama-sama orang beriman dan Jannah lah tempat tinggalnya...
​​آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...

-iman serinna-

aZRINa Abu Bakar said...

aamiin.. aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...