Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Beliau yang bernama 'Hamba'...



Bismillahirrahmanirrahim.

Coretan istimewa ini, saya petik dari laman fb MY NETWORKS.
Moga ianya menjadi pengabadian dihati. 
Menjadi sanjungan disanubari.
Moga tiap jasa yang ditaburinya mendapat balasan Syurga Allah SWT. 

Beliau pinjaman istimewa dari Allah buat kita.
Jom, sama-sama kita layari kehidupan pemimpin yang sentiasa meletakkan Allah dihatinya.



****************************************


Beliau berusia 82 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 


Hari ini, pada tangga 6 Mei 2013, Tuan Guru Nik Aziz memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan tersebut, dimana kerajaan negeri dibawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Bagaimanapun difahamkan, beliau akan terus kekal sebagai Musyidul Am Pas.. Insyaa Allah.

Subhanallah..

Moga Allah redha seluruh perjalanan dunianya hingga ke Syurga... aamiin, aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Friday, August 10, 2012

Ramadhan Terakhir Buatmu...



Semalam, Allah menyusun satu perjalanan buat sahabat yang sama-sama satu kumpulan dalam bertadarus Al Quran.
Juga sahabat yang selama ini sentiasa bersama di kuliah-kuliah pengajian.
Arwah Makcik Fatimah, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 20 Ramadhan.
Perjalanannya begitu indah.
Perginya dibulan mulia.
Jumaat yang barokah, menyambut kehadirannya dialam baqa'.
Subhanallah.
Sehari sebelum arwah dimasukkan ke hospital, arwah masih lagi sempat bersama-sama disurau mengerjakan solat Tarawih.
Itulah kali terakhir saya mencium kedua pipi dan memeluknya erat-erat. :'(
Begitu juga ketika hari terakhir bertadarus, arwah bersalaman dengan semua sahabat, malah sempat meninggalkan kata-kata akhir, "Rasanya makcik x lama disini".
Allahu Akbar!
Hanya kiriman doa dan ayat-ayat suci mengiringi perjalanan makcik.
Lebih indah, jenazahnya disolatkan oleh salah seorang anak lelakinya (yg merupakan seorang Hafiz Al Quran).
Malah bacaan talqinnya juga turut disempurnakan oleh anaknya.
Subhanallah.
Kurnia Allah buatnya.
Banyak yang saya belajar darinya.
Punya semangat yang tak pernah luntur dalam berilmu sekalipun sukar.
Sering memberi pesan dan perkongsian pada sahabat seperjuangan.
Perginya bersama kenangan yang mendekatkan kami dengan Tuhan.
MasyaAllah.
Moga Allah merahmatimu.. makcik Fatimah.
:'(

---------------------------------------------------

Pesanan terakhirnya pada saya,
"Jangan lupa cium dahi dan kening mak, bila bersalam. Itu yang selalu anak makcik buat pada makcik. Nanti Allah berikan ganjaran Syurga pada kamu... Insyaallah".

Ya, Allah.. :'(

Dan, perkara terakhir yang sempat saya lakukan buatnya, arwah mahu saya belikan Al Quran Terjemahan yang sama seperti saya.
Alhamdulillah, sempat juga digunakan untuk bertadarus diRamadhan yang terakhir buatnya... :'(

Moga Allah redha.
Al Fatihah.
˳Azrina Abu Bakar  ˳

Wednesday, June 15, 2011

Sepetang Di Pusaramu...

(Alhamdulillah... sekali lagi coretan yang dihasilkan disiarkan diIluvIslam.com ~ ini merupakan nukilan ke 4 yang disiarkan diruangan tersebut... moga kisah ini menjadi satu peringatan buat kita ~ SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI ~)

Petang itu langit mendung, kelam dan begitu sarat bagai mahu runtuh.
Seorang ibu menziarahi pusara anaknya. Bersama linangan airmata terdengar sayup-sayup suara. Menyatakan cinta pada Allah Yg Maha Esa, mengirimkan kasih yang menebal didada pada anak yang telah tiada.

Dalam suasana hening itu, Surah Yassin dialunkan dengan penuh tertib.
Tersentuh hati kecil ini yang turut sama menemani si ibu dipusara.
Terdetik dihati, apakah habuan yang ada untukku nanti?
Allahu Akbar, apakah agaknya situasi yang akan aku tempuhi?
Bergetar rasa dihati, bila mengenangkan mati yang makin menghampiri.

Melihat 'situasi' yang Allah aturkan buat si adik yang telah pergi, hati rasa bahagia sekalipun kehilangannya benar-benar terasa.
Saat menghadapi sakaratul maut, ibu tercinta ada disisi.
Dibelai dan diusap dengan kalimah-kalimah suci. Hingga perginya dengan aman sekali.
Subhanallah. Berbahagialah kamu, wahai adikku.

Kini, pusaramu tidak pernah sunyi dengan kiriman-kiriman doa dari ibu yang melahirkan mu.
Juga dari abang, kakak dan adikmu yang sentiasa memohon agar dirimu diampuni dan dirahmati.
Berbahagialah kamu, wahai adikku.

Suatu waktu, pasti ibu dan kakak akan menyusulmu.
Sebagaimana kau telah 'menemani' abah disini.
Begitu juga dengan yang lainnya.
Setiap dari kita telah berjanji pada Pencipta Diri.
Janji yang tidak dapat kita lari.
Janji yang pasti kan termetrai, cuma bila dan dimana itu yang tidak pasti.
Hanya Yg Menguasai mengaturnya tanpa kita sedari.

Adikku,
Rintik-rintik hujan mula menyimbahi bumi. Kakak dan ibu terpaksa pergi.
Insyaallah, jika punya usia kakak dan ibu pasti ke sini lagi.
Yang pasti kalungan doa buatmu dan abah serta muslimin muslimat yang lainnya akan sentiasa mengiringi.

Moga persinggahan kalian disini, persinggahan yang mewangi, merehatkan diri dari kekalutan duniawi sementara menantikan hari kebangkitan yang dijanjikan Ilahi.

Sesungguhnya janji Allah itu benar, dan suatu waktu hamba yang dijadikanNya akan berkubur jua. Tiada lagi kehebatan dunia, sebaliknya KEMATIAN itulah kenyataan, kenyataan yang sering dilupai hamba yang bergelar insan... Astaghfirullah.

:: Al Fatihah, buat semua muslimin muslimat yang telah tiada.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, April 6, 2010

Abah




8 Januari 2002


Abah pergi mengadap Ilahi
Pergi dengan tenang sekali


8 Januari 2002


Abah telah tiada lagi
Abah akur dengan janji


Terasa syahdunya ingatkan abah
Wajah yang jarang mempamerkan gundah
Abah hebat dan tabah
Tiada insan sehebat mu abah...


8 Januari 2002


Abah meninggalkan kami
Tangisan sendu yang mengiringi
Abah tetap tidak peduli
Kerana begitu setia mengotakan janji


Pemergian abah kami gagahi
Walau terasa begitu berat dihati
Hanya kiriman ayat-ayat suci
Yang dapat kami beri
Agar Abah bersemadi
Dengan rahmat dari Ilahi...


8 Januari 2002


Abah...
Kini tiada lagi disisi
Namun Abah tetap dihati


Abah...
Walau semakin jauh Abah pergi
Hakikatnya Abah tersemat abadi dihati...
Dihati anak-anakmu dan isteri yang kau kasihi...


Doa kami, semoga Allah menempatkan Abah disamping mereka yang Solihin.. Aamiin Ya Rabbal'aalamiin.



˳Azrina Abu Bakar  ˳
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...