Rasa hiba saat dalam mujahadah mencari iman, dibelenggu dengan perasaan benci dan sakit hati.
Bersungguh-sungguh mohon pada Allah, agar dijauhkan dari perasaan begini.
Dalam situasi ini, muhasabah dan diam itu adalah lebih baik.
Bila dikuasai hasutan, hati ini seperti mahu pecah melepaskan rasa marah.
Namun bila mengingatkan akhlak Rasulullah, diri kembali mencari-cari sifat mahmudah.
Ya Allah, permudahkanlah kesulitan ini.
Tiap yang berlaku Allah jua penentu.
Aku ini hanyalah hamba yang selalu terburu-buru.
Astaghfirullah.
˳Azrina Abu Bakar ˳
3 comments:
alolo pic adik tu comei hehe
:).. tu laa.. comei sgt.. tp bila renung lama2 sayu pulak... huhu..~ terima kasih atas kunjungan...
hihi comei tp ble tgok lelama mmg sayu pun. sama2 kasih Allah.
Post a Comment