Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Wednesday, February 8, 2012

Allah Begitu Istimewa...




Pernah suatu masa dulu, seorang kawan menghubungi saya.


Dia menyatakan ketidakselesaan dia dengan status-status yang selalu saya kongsikan dilaman sosial ini.


Termanggu saya dengan kata-katanya.  Dia membidas saya, dengan macam-macam tohmahan, antaranya yang masih saya ingat hingga kini,


"tak payah tulis benda-benda baik, cermin saja diri sendiri dulu."


Masa tu, saya hilang kekuatan. Langsung tak mampu nak berbicara.


Airmata mengalir laju.  Rasa tersentuh.  Rasa tiap kebaikan yang ingin dikongsikan sia-sia belaka.


Astaghfirullah.


Kala itu, hanya Allah yang saya dampingi.


Tiada tempat yang terbaik selain Dia.


Bila bertahajjud saya curahkan segala isihati.


Mengadu tiap kesedihan.


Mohon ditunjukkan jalan kebenaran atas niat murni yang ingin saya lakukan.


====================


Satu pagi, lewat beberapa hari kejadian tersebut, saya mendapat emel dari seorang sahabat.


Dalam emelnya, dia bertanyakan khabar saya, dia agak bimbang kerana saya agak menyepi dari berkongsi sesuatu.


Katanya lagi, dia seperti ternanti-nanti nasihat-nasihat yang selalu saya kongsikan.


Sebelum dia mengakhiri emel yang ditulis, dia mencadangkan agar saya menulis diblog.


Katanya, dia akan menjadi 'follower' pertama kerana tulisan-tulisan saya melahirkan rasa cintanya kepada Allah.


Allahu Akbar!


Tersenyum bersama genangan airmata.


Sekali lagi hati kecil ini tersentuh.


Allah memberi saya pelajaran tentang dua manusia.


Selepas membaca emel darinya, saya terdiam.


Saya fikir dalam-dalam.


"Tidak sepatutnya, saya 'berhenti' berkongsi."


Itu yang tercetus dihati.


Saya fikir lagi.


Kali ini, saya cuba fahami.  Fahami tentang dua manusia yang Allah berikan saya pelajaran melaluinya.


"Jika benar, saya berkongsi kerana Allah, mengapa perlu saya 'lari'?"


"Apakah perbuatan saya menjadikan saya ini tidak ikhlas berkongsi selama ini?"


Macam-macam yang saya fikirkan.


Tentang tohmahan.


Tentang sokongan.


Allahu Akbar!


Sekali lagi saya berpaut padaNya.


Mengadu satu persatu, tentang apa yang sedang saya lalui.


====================


Akhirnya, pada suatu malam, saat semua insan-insan melayari mimpi indah mereka, saya dikirimkan Allah dengan satu kekuatan.


Bersama kekuatan itu, saya kembali menulis.


Saya mencipta blog melalui ilham yang Allah cetuskan buat saya.


Rasa mencurah-curah bait-bait kata yang disusun dikotak fikiran saya.


Satu persatu saya zahirkan melalui tarian jari yang seolah-olah tidak mahu berhenti.


Semuanya dengan izin Allah Yang Maha Esa.


Subhanallah.


Kekuatan itu benar-benar menjadikan saya insan baru.


Insan yang mahu menjadi hamba.


Dan bersama kekuatan dariNya juga saya kembali berkongsi diruangan ini.


Hari demi hari, saya dapat merasakan saya semakin 'kehilangan' mereka yang dulu selalu bersama saya.


Tapi, kehilangan itu tidak mengundang hiba kerana saya kini telahpun Allah kurniakan dengan mereka yang selalu mengucapkan cinta pada Allah dan RasulNya.


Subhanallah.


Rupa-rupanya, pelajaran yang Allah berikan buat saya melalui mereka yang mencemuh dan menyokong saya sangat berharga.


Melalui cemuhan, kita akan belajar untuk bermuhasabah.


Muhasabah untuk menjadi lebih kuat.


Lebih taat.


Menjadi yakin dan tidak goyah.


Mujurlah adanya tohmahan dan cemuhan buat saya, kerana perkara ini membawa saya berfikir sekaligus mendidik saya untuk tidak menyerah.


Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.


Buat mereka yang tidak selesa dengan perkongsian dari saya, terima kasih jua saya hulurkan.


Kata-kata cemuhan itu menjadikan saya berusaha untuk lebih dekat denganNya.


Akan sentiasa saya doakan agar Allah bukakan pintu hati kalian untuk merasa indah akan jalan kebaikan... aamiin Ya Allah.


Dan tidak lupa pada yang mendambakan kasih sayang Allah sepertimana diri saya.


Sokongan dan manfaat yang selalu kita kongsikan bersama akan sentiasa menjadi panduan buat diri untuk kita perbaiki amal dan berusaha untuk istiqamah.


Bersama kita mencantikkan diri pada pandanganNya.


Kasih sayang sesama manusia itu adalah tanda kasih sayang Allah buat hamba-hambaNya.


Insyaallah.


Pesan saya pada diri dan sahabat yang sudi membaca perkongsian ini, selalulah bersangka baik sesama kita.


Kerana saya sedar, Allah selalu memberi pendidikan pada saya melalui jentikan halus yang dapat saya rasakan.


Banyak perkara saya belajar melalui manusia yang bernama hamba.


Tidak kira yang buta atau celik mata hatinya.


Semua itu pelajaran buat kita.


Usah berkecil hati, atau kecewa kerana itu mengundang rasa buruk sangka.


Sebaliknya jadikan jentikan halus itu satu pelajaran untuk kita membina tauhid padaNya Yang Mencipta.


Allah amat istimewa.


Istimewa kerana menjadikan diri ini insan yang semakin memahami makna seorang hamba.


Alhamdulillah.


====================


"Wahai Tuhan yang kekal hidup, yang kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan.  Perelokkan segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekelip mata... aamiin Ya Rabbal'aalamiin."


˳Azrina Abu Bakar  ˳

13 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas segala nasihat...
semoga kita diredhai oleh Allah selama-lamanya...Amin...

aZRINa Abu Bakar said...

Alhamdulillah.. Insyaallah.

alia farhah said...

setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi.

Mizi Mta said...

hyptaALHAMDULILLAH....SYABAS DAN TAHNIAH, SEMOGA KEIKHLASANMU UTK BERDAKWAH DIBERI GANJARAN YG BANYAK DIAKHIRAT NANTI...AAMINN

Liza @ Adzriel AB said...

perkara yg baik elok kongsi agar ramai yg mendapat manafaatnya. bila ada yg tidak senang, mungkin terkena dirinya sendiri. biarlah, moga Allah bukakan pintu hatinya untuk melihat kebaikan dalam nasihat tu.

aZRINa Abu Bakar said...

Alhamdulillah... terima kasih atas tiap sokongan yg shbt2 berikan.. moga Allah memberi ruang dn kefahaman dlm kita menghadapi apa jua ujian drNya.. aamiin.. Insyaallah.

Adam said...

Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, seorang mukmin itu apabila diberikan kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan redha, lalu menjadi kebaikan juga untuknya.

aZRINa Abu Bakar said...

Moga Allah redha... Insyaallah.

Anonymous said...

Assalamulaykum.. Akak,Alhamdulillah ..moga akak tetap semangat y.. :-) Bismillah..

aZRINa Abu Bakar said...

wa'alaikumussalam... t/kasih y atas kunjungan dan doa yg baik.. semangat!.. Insyaallah.. :)

Adam said...

Moga kita sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas-tugas kita, kerana antara sifat mukmin professional adalah berusaha bersungguh-sungguh dalam kerja yang dilakukan. Moga kita diberikan kekuatan, Insyallah. :)

Anonymous said...

Dik, biarpun sepatah perkataan yang disampaikan,selagi untuk kebaikan semua,tidak terkira ganjaran dari yang maha pencipta.teruskan menulis untuk kesedaran diri sendiri dan orang disekeliling kita

aZRINa Abu Bakar said...

Insyaa Allah.. moga Allah redha ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...