Dia menghampiri saya, katanya...
"Kamu tahu ina, kenapa makcik menangis?". Saya mendengar bersama sebuah senyuman sambil menyentuh lembut bahunya.
Sambungnya lagi,
"Makcik rasa sedih, mata makcik tak dapat lagi melihat ayat-ayat suci yang dibacakannya." seraya dengan itu, lebih laju airmatanya mengalir.
Kali ini, saya menggenggam erat tangannya dan mula bersuara untuk menenangkannya.
"Makcik, syukur dengan apa yang masih Allah berikan pada makcik. Makcik masih boleh mendengar kan? Itu juga satu nikmat."
Makcik itu seperti menokhtahkan tangisannya. Arah pandangan matanya yang kabur (hampir tak dapat melihat lagi) itu menghala ke arah mata saya dalam-dalam.
Saya senyum.
"Ya Allah, betul ina.... Allahu Akbar! Alhamdulillah... Allah Maha Mendengar... dan makcik juga masih boleh mendengar."
Kali ini makcik itu menangis.. tapi disulamkan dengan ucapan Alhamdulillah dibibirnya.
Sebelum saya melangkah meninggalkan surau, sempat saya berpesan padanya...
"Makcik, gunakan dengan sebaik-baiknya nikmat yang masih ada ini, kerana diluar sana betapa ramai yang mampu melihat dan mendengar tapi tidak mengendahkan keindahan Al Quran".
Makcik itu mengangguk-anggukkan kepalanya. Menggenggam tangan saya dengan penuh erat walau saya tahu tiada ucapan terima kasih dari mulutnya, yang penting rasa syukur pada Allah yang terucap dihatinya.
Subhanallah... peristiwa hari ini, membawa saya untuk berkongsi bukan untuk menunjukkan 'kemampuan' saya mendamaikan hati seorang makcik yang terlupa akan nikmat pendengarannya, kerana saya sedar, kita ini hanyalah perantara. Segala kemampuan itu datangnya bersama izin dari Allah.
Apa yang saya lalui bersama makcik ini, mendidik saya untuk melihat akan nikmat yang sentiasa ada pada diri kita, dan selagi diberi kemampuan untuk kita menyampaikan atau berkongsi, sebarkanlah, kerana tiap kebaikan itu adalah petunjuk dari Allah.
Moga kita menjadi sebahagian dari hamba Allah yang sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dariNya... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
˳Azrina Abu Bakar ˳
No comments:
Post a Comment