Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Sunday, July 21, 2013

Pesan Hamba Di Ramadhan Ini...


Perjalanan Ramadhan 1434H sudah pun memasuki fasa kedua.

Sudah ramai juga yang merungut keletihan dengan rutin perjalanan bulan mulia ini.
Berhentilah jadi 'pengeluh'.

Fasa ke 2 ini sebenarnya sedang melatih diri kita untuk mampu atau tidak berjuang hingga ke akhirnya. 

Pengakhirannya bukanlah hingga ke fasa ketiga sahaja, sebaliknya, istiqamah kah kita nanti apabila jejak kita mula melangkah keluar dari Ramadhan.

Benarlah kata Ustaz Badli Shah dalam kuliah Cinta Ilmunya beberapa yang hari lalu,

Fasa pertama, ibarat pusingan kelayakan. Semua 'pasukan' (tidak kira tua muda) bertanding.

Fasa kedua, tidak ubah seperti pusingan Semi Final. Hanya yang berjaya dipusingan awal yang akan sampai kesini.

DAN 

Fasa ketiga, adalah Grand Finale. Hanya yang terbaik yang masih ada dibarisan ini.

Dan kesudahannya saat hadirnya LailatulQadar.. saat itu hanya mereka yang benar-benar layak diberi anugerah oleh Allah SWT.

Subhanallah.

Bergetar hati saya mendengar perumpaan ini.

Selama ini, dimana kita?

Pusingan manakah kita berada?

Adakah Ramadhan yang kita lalui sebelum ini hingga ke Grand Finale?

JOM, sama-sama kita bermuhasabah.

Cari Ruang, Rebut Peluang selagi diberi kesempatan.

Moga segala amal yang kita lakukan menuju matlamat yang sebenar.

Matlamat seorang yang bernama hamba yang sentiasa mencari Redha dari Allah... 

Insyaa Allah.

Moga Allah redha.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Sunday, July 7, 2013

Untaian Hati Untukmu.. Wahai Sahabat Yang Punya Cinta DiHati.



Berada disisi sahabat yang hatinya ingin berubah sangat indah.
Ia mengingatkan saya tentang satu perjalanan yang pernah saya tempuh suatu masa dulu.

Perjalanan yang sedang kalian susuri ini perlukan kekuatan.
Bajailah ia dengan ilmu.
Kerana hanya dengan ilmu kalian akan menemui jalan yang selama ini kalian keliru.
Kerana dengan ilmu juga akan meleraikan kebuntuan yang meruntun qalbu.

Percayalah, tiap kesulitan itu ada Allah bersamanya.
Selagi kita berpaut padaNya dengan sepenuh hati, selama itu jugalah Dia membuka seluas-luas jalan untuk kita langkahi.

Moga Allah permudahkan tiap langkahmu Wahai Sahabat Yang Punya DiHati.
Moga redhaNya sentiasa bersama didunia dan akhirat nan abadi.

Insyaa Allah.

:: Coretan penuh kasih dari Si Pujangga yang bernama Hamba ::



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, May 7, 2013

Beliau yang bernama 'Hamba'...



Bismillahirrahmanirrahim.

Coretan istimewa ini, saya petik dari laman fb MY NETWORKS.
Moga ianya menjadi pengabadian dihati. 
Menjadi sanjungan disanubari.
Moga tiap jasa yang ditaburinya mendapat balasan Syurga Allah SWT. 

Beliau pinjaman istimewa dari Allah buat kita.
Jom, sama-sama kita layari kehidupan pemimpin yang sentiasa meletakkan Allah dihatinya.



****************************************


Beliau berusia 82 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 


Hari ini, pada tangga 6 Mei 2013, Tuan Guru Nik Aziz memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan tersebut, dimana kerajaan negeri dibawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Bagaimanapun difahamkan, beliau akan terus kekal sebagai Musyidul Am Pas.. Insyaa Allah.

Subhanallah..

Moga Allah redha seluruh perjalanan dunianya hingga ke Syurga... aamiin, aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

Thursday, March 14, 2013

Cinta...


Malam ini...
Hati kecil berbisik sendiri.
Mengapa agaknya ada cinta yang tersembunyi?
Mengapa kurnia cinta ini yang Allah beri?

Malam ini...
Hati kecil ini bicara tanpa suara.
Mengapa masih juga menyinta sedang hati terluka?
Mengapa jua cinta yang dirasa kala menangis kecewa?

Cinta...
Bukan hanya sebuah kata.
Malah ianya melebihi apa yang kita rasa.

Cinta...
Bukan sandiwara.
Bukan lakonan dipentas dunia.
Bukan milik kita sebenarnya.

Cinta itu, pengisian hati buat Si Hamba.
Cinta itu, tidak pernah buta atau melalaikan sesiapa.
Cinta yang menyatukan roh dan jiwa.
Cinta yang menjadikan kita hamba padaNya.

Sesungguhnya,
Yang melukakan itu, bukan kerana cinta.
Yang menangis kecewa juga bukan kerana cinta.

Sebaliknya, itu semua kerana hati mu buta.
Buta untuk memahami erti cinta yang Allah kurniakan pada Si Hamba.
Buta kerana kau memberikan cinta yang dikurnia kepada manusia.

Astaghfirullah.

Bercintalah disusur jalan yang diredhaiNya !


Moga Allah redha..


˳Azrina Abu Bakar  ˳

Friday, March 1, 2013

Dia Yang Bernama 'Tuhan'...


Pernah suatu waktu, diri ini begitu takut ditinggalkan.
Memikirkan tiada lagi kekuatan.
Tiada lagi keindahan.

Rupa-rupanya, saat takut kehilangan diri terlupa akan sebuah keagungan.
Keagungan yang tak pernah meninggalkan.
Keagungan yang memberikan kekuatan.
Keagungan yang menciptakan keindahan.

Allahu Akbar!

Dalam meratapi kehilangan yang tidak menguntungkan,
Dia pertemukan aku dengan sebuah kebenaran.
Kebenaran yang membawa makna sebenar sebuah kehilangan.
Kebenaran yang akhirnya mengenalkan aku denganNya yang bernama Tuhan.

Subhanallah.




˳Azrina Abu Bakar  ˳

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...