Ustazah /Penulis Fatimah Syarha
(Seindah perhiasan adalah wanita yang Solehah)
Hari ni, saya nak ajak para muslimah yang sentiasa perbaiki penampilannya untuk jadikan yang terbaik disisi Allah, agar tidak TERLALU TEBAL DENGAN SOLEKAN.
Maaf, bukan saya ANTI alat solek.
Saya masih juga memakai bedak. Dan sangat perlukan pembersih dan krim untuk muka.
Tapi penggunaan saya sangat terhad.
Hanya pada yang asas.
Tidak dinafikan dulu saya juga suka bersolek.
Pada mereka yang mengenali saya, mereka tahu hakikat sebenarnya.
Tapi pemakaian yang berlandaskan syariat, membawa saya untuk tidak bersolek pada wajah.
Cukup sekadar memakai bedak dengan sempurna... Insyaallah.
Percayalah, bahawa Allah telah mencantikkan wajah kita jika kita sentiasa menghargainya dijalan yang betul.
Perhatikan wajah yang dihiasi dengan niat kerana Allah, ianya lebih indah dan jauh dari rasa bermegah-megah. (Rasa cantik pada wajah/diri ketika berhias dengan tujuan akan ada mata yang melihat ketika diluar, itu adalah penyakit hati... Na'uzubillah).
Muhasabah dan berubahlah.
Solekan terbaik, bila kita mampu istiqamahkan amalan.
Maka beramallah pada perkara yang diperintahkan.
Dan jauhi larangan Allah.
Sesungguhnya Allah hanya akan melihat kecantikan sebenar seorang hamba bermula pada hatinya, bukan SOLEKAN YANG MENGHIASI WAJAHNYA.
Astaghfirullah.
JOM UBAH!
:: Mendidik diri untuk menjadi hamba Allah, bukan sehari dua, tetapi selama ia belajar untuk taat padaNya. Belajar untuk taat pada Allah, bukan hanya hari ini, esok atau lusa, tetapi selama ia diberi nafas pada kehidupan didunia... ::
Moga Allah redha..