Assalamu'alaikum.. Salam 2013.
Jari ingin menari pagi ini hanya kerana saya tertarik pada status Ust Ahmad Dusuki ;
Kata Ustaz ;
[ Hari ini, suatu pemandangan yg ganjil, menghantar anak ke tadika islam, sekolah agama, ibu tidak bertudung, pakaian seksi pulak! ah, mengharap anak masuk syurga tp diri sendiri membiarkan ke lembah dan jurang neraka pulak!!. dunia akhir zaman, jgn ada pulak yg komen "siapalah kita nak menghukumkan orang utk kesyurga dan neraka" nampak sangat ke jahilan diri menuntut ilmu Allah.. ]
------------------------------------------------------------
Hal ini mengingatkan saya tentang peristiwa setahun yang lalu.
Seorang kenalan memberitahu pada saya, dia amat berharap anaknya dapat memasuki ke Sekolah Agama (Maahad) utk kemasukan ke Tingkatan Satu.
Alasannya, dia nak anaknya pandai agama.
Alhamdulillah.
Saya tersenyum.
Sambil memegang bahunya, saya kata, kena doa banyak-banyak. Doa ibu itu mustajab.
Lagi baik kalau ibu jadi teladan untuk anak.. Insyaa Allah dipermudahkan Allah.
Sayangnya, jawapan yang saya terima "Tak pelah.. biar anak dulu.. kalau anak jadi tahfiz/pandai dalam agama esok-esok boleh tarik mak abahnya masuk syurga. Mak 'rock sikit' xper.. yang penting anak2 kita didik betul2."
Waktu tu, saya betul-betul terpaku. Rasa takut.
Dan yang saya tahu Allah mendengar tiap ucapannya.
Kata-katanya "Mak rock sikit xper." menjadi kebencian dihati. Dia seolah-olah mempersendakan hakikat dosa dan pahala. Astaghfirullah.
Benar kata Ustaz Ahmad Dusuki, kata-kata seseorang akan menampakkan kejahilan diri dalam kita menuntut ilmu... Allah..^^.
Moga Allah memberi hidayah dan kefahaman padanya.. aamiin Ya Allah.
Dan benarlah Allah itu Maha Kuasa dan Maha Mengkehendaki atas sesuatu.
Anak kenalan ini, mendapat tawaran di Maahad tersebut, dan pada waktu yang sama juga mendapat tawaran di satu sekolah berasrama penuh (sekolah akademik).
Sekali lagi ibunya bertemu saya, dan dia memberitahu saya bahawa dia memilih sekolah akademik, kali ini alasan yang diberikannya, hanya kerana dia melihat sekolah itu lebih baik (cantik dari segi pemandangan dan katanya semua budak-budak yang mendapat tempat disitu adalah murid cemerlang).
Saya hanya diam.
Memberi senyum tawar padanya. Bukan kerana cemburu, tetapi dihati terasa seolah-olah dia melepaskan peluang untuk anaknya menjadi ahli agama.
Bukan niat saya untuk mengatakan sekolah akademik tidak baik.
Namun, pada saya agama adalah segala-galanya. Dan agama tidak pernah mencicirkan kita dengan dunia.
Itulah janji Allah.
Bila saya mengingatkan kisah ini, ia memberi saya satu pengajaran dan sangat berhati-hati dalam usaha untuk menjadikan diri dan keluarga sentiasa berada dilandasanNya.
Malah, pada saya hidayah Allah itu belum tentu akan hadir berulang-ulang kali.
Ambillah saat ia tiba, bimbang kehadirannya sekali lagi ketika kita tidak lagi berada diatas muka bumi ini.
Astaghfirullah...^^
Moga Allah redha.
Insyaa Allah.
˳Azrina Abu Bakar ˳




