Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Monday, October 17, 2011

Aku Tidak Sehebat Itu...




Aku tidak sehebat itu
Sebagaimana pandangan mata mu
Aku tidak sehebat itu
Seperti apa yang tersirat diakal mu


Aku ini hanyalah aku
Seorang hamba yang meniti waktu
Aku ini hanyalah aku
Seorang hamba yang berdosa selalu


Sekadar berteman jemari yang menari
Dengan alunan bahasa puisi yang singgah dihati
Aku damai begini
Walau tidak sehebat mana pun diri
Aku ditemani cintaNya yang hakiki...


Allahu Akbar!



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Thursday, October 13, 2011

Setitis Cinta Buatku...



Aku pernah berada disitu
Di satu penjuru yang berliku
Aku pernah sepertimu
Berada dipenjuru yang penuh buntu

Waktu itu,
Langit kelabu rasa cerah selalu
Angin yang berdebu berserakan diparu-paru
Tidak merasa haru
Tidak langsung celaru
Tapi rupanya aku ini seorang insan bisu
Bisu untuk berbahasa denganNya Yang Maha Tahu

Perlahan-lahan pandangan yang berdebu
Ku kais satu persatu
Mengharapkan jalan yang kelabu dan buntu
Ada lorong yang dapat ku temu
Dan dihujung penjuru itu
Ada sinar yang menunggu
Sinar cahaya yang membawa ku mengenali Mu

Aku terharu
Kerana dalam alpa tetap jua ada cahaya
Dalam terlena masih jua dihidupkan semula
Sungguh benar,
Engkau Pemilik Segala Sesuatu
Engkau jua Pemilik Hati yang bersalut debu

Namun, Kau jernihkan dengan sinaran Nur yang terindah buatku...
Subhanallah...



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, October 4, 2011

Jejak Si Hamba


Dengan izin Allah,
Hari ini, aku semakin mengenali Pencipta
Dengan izin Allah,
Hari ini, aku ingin membawa kalian mendekati Pencipta

Bersama Pencipta
Kita berusaha menjadi hamba
Bersama Pencipta
Kita belajar untuk setia
Bersama Pencipta
Kita menagih RedhaNya
Bersama Pencipta
Kita sentiasa menjejaki Syurga

Mahukah kalian bersamaku menyeberangi dunia fana ini bersama...?
Allahu Akbar!
Moga Allah permudahkan tiap langkah yang diatur ke akhirat sana...



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Tuesday, September 27, 2011

aku ada DIA



Perjalanan dunia ini penuh warna warni
Namun, pilihan yang selalu diambil hitam atau putih nan suci
Tersalah pilih maka gelap pandangan
Laluan menjadi tidak ketahuan
Andai pilihan menepati
Berbahagialah sekeping hati si hamba ini...

Ya Allah...
Beginilah aku dalam meniti waktu-waktu yang tersisa
Adakalanya hati girang dan gembira
Tiap perkara terasa begitu enteng melaluinya

Ya Allah...
Saat ujian membadai
Kembali berderai titis jernih dikelopak mata ini
Sesungguhnya, hamba Mu ini begitu tidak mampu
Bergetar dalam gelora yang diburu
Cuba berdiri semata-mata dengan kudrat Mu...

Ya Allah...
Maafkan aku kerana terus jua mengadu
Merintih, memohon hanya pada Mu Yang Satu
Tiada tempat selain Mu untuk ku luahkan
Kerana istimewanya Diri Mu tiada bandingan...

Ya Allah...
Kala runtuhnya perasaan
Kau sentiasa memberi sentuhan
Kala gugurnya kebahagiaan
Kau disisi bersama harapan

Ya Allah...
Percaturan yang Engkau berikan
Mendidik aku dalam kesabaran

Andai dulu jiwa dan roh sering mengeluh
Mengapa dan kenapa
Namun, kini aku semakin berlapang dada
Kerana aku mahu mendekati Mu wahai Sang Pencipta...

Andai dulu sabar itu bukanlah sahabat
Namun ujian yang Engkau tebarkan
Menukar sabar sebagai penawar...
Allahu Akbar!

Bersama Mu, ku pohon pimpinan dan perlindungan
agar duri-duri dicelah perjalanan
ku tempuhi tanpa calar dan kesakitan
sekalipun titis jernih tetap ku alirkan
namun ku tahu bersamanya jua
ada kesabaran yang menjadi satu kurniaan...



˳Azrina Abu Bakar  ˳

Wednesday, September 14, 2011

DUA HATI INI


Dua hati yang Allah satukan disini
begitu memahami
begitu bisa menyelami
sekalipun tidak dengan pandangan
tidak berpegangan
namun dua hati ini Allah jadikan seiringan

Saat ini, jasad berjauhan
namun hela nafas kita bagai bercantuman
tidak mampu kita nyatakan
namun kehangatannya ada bersama perasaan

Moga kasih sayang yang kita selalu lontarkan padaNya
akan terus menyatukan kita didunia
dan diakhirat sana... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.



˳Azrina Abu Bakar  ˳
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...