Perjalanan Ramadhan 1434H sudah pun memasuki fasa kedua.
Sudah ramai juga yang merungut keletihan dengan rutin perjalanan bulan mulia ini.
Berhentilah jadi 'pengeluh'.
Fasa ke 2 ini sebenarnya sedang melatih diri kita untuk mampu atau tidak berjuang hingga ke akhirnya.
Pengakhirannya bukanlah hingga ke fasa ketiga sahaja, sebaliknya, istiqamah kah kita nanti apabila jejak kita mula melangkah keluar dari Ramadhan.
Benarlah kata Ustaz Badli Shah dalam kuliah Cinta Ilmunya beberapa yang hari lalu,
Fasa pertama, ibarat pusingan kelayakan. Semua 'pasukan' (tidak kira tua muda) bertanding.
Fasa kedua, tidak ubah seperti pusingan Semi Final. Hanya yang berjaya dipusingan awal yang akan sampai kesini.
DAN
Fasa ketiga, adalah Grand Finale. Hanya yang terbaik yang masih ada dibarisan ini.
Dan kesudahannya saat hadirnya LailatulQadar.. saat itu hanya mereka yang benar-benar layak diberi anugerah oleh Allah SWT.
Subhanallah.
Bergetar hati saya mendengar perumpaan ini.
Selama ini, dimana kita?
Pusingan manakah kita berada?
Adakah Ramadhan yang kita lalui sebelum ini hingga ke Grand Finale?
JOM, sama-sama kita bermuhasabah.
Cari Ruang, Rebut Peluang selagi diberi kesempatan.
Moga segala amal yang kita lakukan menuju matlamat yang sebenar.
Matlamat seorang yang bernama hamba yang sentiasa mencari Redha dari Allah...
Insyaa Allah.
Moga Allah redha.
˳Azrina Abu Bakar ˳