Tugas kita sebagai hamba perlu USAHA dan BERDOA.
Maka akan wujudlah TAWAKAL dihujungnya.
Tiada makna bertawakal jika tiada usaha.
Begitu juga andai tidak berdoa, hanya melahirkan sifat sombong disisi Allah Yang Maha Esa.
Siapa kita yang mahu bertawakal tanpa usaha dan doa?
Hanya mahu berserah sedang nafas dan upaya diberi percuma dengan izin dariNya.
Tidakkah terpalit rasa malu pada diri yang bergelar hamba?
Malu didunia mungkin tidak terasa.
Sebaliknya, malu saat bertemuNya tidakkan mampu lagi untuk bersembunyi walau disebalik sehelai daun cuma...
Astaghfirullah.
Muhasabah... JOM!
Moga Allah redha..
˳Azrina Abu Bakar ˳
4 comments:
Kadang-kadang takut, siapakah hamba ini disisi Mu Ya Allah. Mohon keampunanMU dalam silap dan salah kami. Kami memohon petunjukMU dan ilmu yang bermanfaat buat kami, memimpin diri, keluarga menjadi orang yang bertaqwa. Kami berharap, kekalkan kami dalam kasih sayangMu Ya Allah ... Moga kami kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau redha terhadap kami, Ya Allah ...
aamiin.. aamiin Ya Allah.. :'(
Assalamualaikum...
Hati ini senantiasa rasa takut...
Senantiasa rasa amalan tidak mencukupi...
Bila Dia memakbulkan doa,hati berasa bersyukur malah dihimpit rasa malu yg tidak terhingga...
HambaNya yg sentiasa terbuat salah tapi tetap dimakbulkan doa...
Kerana itulah diri sentiasa rasa malu dan takut jika amalan yg dilakukan hanya sekecil zarah dan jauh lbh kecil dgn apa yg telah Allah berikan...
Tapi apa yang mampu dilakukan hanyalah terus dan terus berdoa dan bertawakal kepadaNya...
Semoga kita semua pulang berjumpa Allah dgn amalan yg melimpah ruah dan diredhai oleh Nya...
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...
wa'alaikumussalam..
aamiin.. aamiin Ya Allah. moga kita termasuk dlm golongan hamba yang diredhai dan dirahmatiNya.. Insyaa Allah.
Post a Comment