Bicaranya buat hati ini menangis
Menangis kerana dia sentiasa menitipkan kata cinta buat Sang Pencipta
Terkadang hati hamba ini jadi keliru
Keliru kerana nafsu
Nafsu yang sentiasa dibelenggu hasutan syaitan yang sentiasa memburu
Keliru membezakan kata cinta pada Yang Satu
Rupa-rupanya keliru itu menjadikan aku ini hamba yang belajar untuk tahu
Tahu bahawa diri sentiasa diuji
Tahu bahawa nikmat Allah itu ada dalam semua situasi
Allahu Allah...
Kerana titipan cinta darinya
Buat aku sentiasa belajar untuk menjadi hamba...
Allahu Allah...
˳Azrina Abu Bakar ˳
3 comments:
terbaik.
'terbaik' krn ianya milik Allah dan peringatan buat hamba2Nya yang selalu terlupa ^_^
ye. btl2x (:
Post a Comment