Harapan berlindung dibalik getar
Bagaimana kiranya malam terus tenggelam
Dalam getar tidak melihat sinar
Masih jua menggunung harapan
Agar terampun dosa-dosa yang menjalar
Pada diri kerdil yang serba kekurangan...
Cuba berbisik pada bulan
Hanya khayalan yang tak kesampaian
Cuba bertanya pada bintang
Bagaimana mungkin ia mampu terangkan...
Hanya padaMu jua akan ku bisikkan
Dan bertanya dalam rintihan
Kerana disitu pasti bertemu jawapan
Walau terkadang bagai terlewat
Ia hanya nafsu yang menghambat
Sedang Kau Yang Maha Hebat
Mengajar untuk ku bersabar dalam waktu yang tersirat...
Sedang Kau Yang Maha Hebat
Mengajar untuk ku bersabar dalam waktu yang tersirat...
No comments:
Post a Comment