gambar sekadar hiasan ~ " mcm jam tangan saya.. :'( "
Saya menulis lagi...
Petang semalam, waktu nak pergi kuliah fardhu ain, saya capai jam tangan, kunci rumah dan kunci kereta. Semuanya dalam satu genggaman.
Bila saya mula memandu, saya terpandang pergelangan tangan kanan saya, hanya maksum merah hati yang saya nampak. Tapi, jam tangan saya tiada.
Jenuh memikirkan mana jam tangan saya... ^_^.
Balik dari kuliah, saya cari dalam kereta. Dekat pagar. Dalam rumah. Semua tiada.
Memang saya ingat, saya dah pegang jam tersebut untuk dipakai... tapi saya tak pasti dimana saya 'cicirkan'.
Ya Allah, sayangnya kalau hilang.
Itulah satu-satunya jam yang saya ada.
Kalau benar ia hilang, saya redha.
Namun, terbit rasa rindu dihati pada jam tangan yang selalu menemani.
Kehilangannya mengajar saya untuk menghargai dengan lebih apa yang masih saya ada.
Menghargai sesuatu saat 'hidupnya' itu lebih berharga, daripada kita merindu saat ia tidak lagi bersama :'(
Hurmm.. itu hanyalah seutas jam tangan, namun kehilangannya sangat memberi kesan pada diri yang bernama 'kehidupan'.
Kesimpulannya, jam tangan kesayangan tidak lagi saya miliki, namun Allah gantikan dengan didikan rasa redha dihati... ianya lebih membahagiakan... Insyaallah.
Moga Allah redha..
˳Azrina Abu Bakar ˳
3 comments:
nikmat yang diberi adalah pinjaman, sungguh bertuah mereka yang diberikan kekuatan oleh ALLAH dalam menggunakan kenikmatan tadi untuk kebaikan. Wahai pemuda-pemudi, gunakan masa mudamu untuk kebaikan kerana ia akan berlalu. Gunakan masa lapangmu dengan aktiviti berfaedah, menuntut ilmu dan untuk peningkatan minda.
Diamnya air akan merosakkannya, diamnya pemuda (dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya.
Manusia mudah tertipu dengan nikmat masa lapang, menyedarinya apabila sibuk. Mudah-mudahan kita akan jadi manusia yang bukan sahaja
Tahu Agama - Mengetahui Ilmu Agama
malah kita
Mahu Agama - Mahu menghayati dan mengamalkannya
dan
Mampu Agama - Mampu untuk memperbaiki diri
Walaupun hanya seutas jam tgn ttp cukup bharga...pesan mak sy...jika hilang sesuatu yg disyg jgn diingat2 lagi dn terima dgn redha dn bdoa agar Allah gantikan dgn yg lebih baik...pglmn mak dn adik sendiri yg prnh khlgn duit, hset ketika di dlm bas...tdk brpa lama slps kjadian mak dpt bonus (phk felda bg) dn adik juga dpt bonus 2 bln gaji...syukur kpda Allah...
Subhanallah... indah nian tiap titipan. Menjadi panduan dlm mencari bekalan.
Benar, tiap nikmat hanyalah pinjaman dan dalam setiap pinjaman punya cerita yng penuh pelajaran.
Alhamdulillah, jam tangan kesayangan telah saya temui 2 hari selepas kehilangannya ~ terselit dlm beg kuliah ;) ~ saat tersenyum mendapatnya semula, terasa yang amat berharga adalah mendidik diri utk redha. Belajar menghargai tiap 'pinjaman' yang ada. Malah yang lebih bermakna diri menyedari bahawa kehilangan itu juga adalah nikmat sebenarnya. Nikmat yang tiada nilai harga bilamana diri semakin dekat dengan Pemilik Jiwa.
Allahu Akbar!
Moga TAHU, MAHU dan MAMPU AGAMA sentiasa bersama roh dan jasad selagi diri ini bernyawa... ~ Ya Allah, berilah pimpinan... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
Post a Comment