Kita Hanyalah Hamba

Sesungguhnya...

tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata seindah AL-QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM.

Tuesday, July 12, 2011

Tidak Mampu @ Tidak Mahu?


Berkali-kali kau bilang
kau tidak mampu
Sedang kau punya ruang
kau diberi peluang
masih juga kau bilang
kau tidak mampu

Cuba hayati diri sendiri
kau punya dua tangan dan kaki
bisa melihat ke kanan dan kiri
mampu bernafas dengan sempurna sekali

Cuba hayati sekali lagi
tiap denyut nadi
dan degupan jantung yang berlari
seolah-olah tidak akan berhenti
malah selari
cantik sekali

Apakah kau fikir ini semua diberi
tanpa perlu kau syukuri?
tanpa perlu kau hargai?
atau kau sendiri yang cuba menafi?

Astaghfirullah...

Pandanglah dengan mata hati
Fikirlah dengan akal yang diberi
Mengapa masih membatu?
Mengapa mahu terus bisu?
Mengapa dibiarkan kaki mu kaku?

Ayuh! Bangunlah!
Bangkitkan roh dan jiwa
Meniti dan terus mencari
Apa sebenarnya kehidupan duniawi

Ayuh! Bangunlah!
Bangkitkan hati yang mati
Jernihkan kekeruhan diri
Agar hidayah Allah dapat kau kecapi
Bersama redha dari Ilahi

Ayuh! Bangunlah!
Iman yang ada pasti berkata
kau sebenarnya bukan TIDAK MAMPU
sebaliknya hasutan yang sering membelenggu mu
agar kau TIDAK MAHU!
Na'uzubillah.



˳Azrina Abu Bakar  ˳

1 comment:

Hazirah Abdul Kadir said...

Subhanallah..Alhamdulillah..AllahuAkbar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...