Apa lagi untuk menghayati cinta andai hati beku dan kaku tanpa sayang yang berpanjangan.
Menyemai kasih bererti ada rasa yang mendambakan.
Membelai sayang bererti menyuburkan anugerah cinta yang dikurniakan.
Subhanallah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemilih.
Berbahagialah hati yang merasai lunaknya cinta pada Sang Pencipta.
Pasti tiada ragu yang membelenggu.
Apalagi rasa jemu untuk bercinta tiap waktu.
Subhanallah.
Benarlah Allah itu Pemilik tiap sesuatu.
Memiliki cinta agung.
Malah Dia jua yang memberi rasa cinta untuk disanjung.
Allahu Akbar.
Letakkanlah cinta padaNya melebihi cinta manusia.
Agar diri tahu menghargai.
Agar hati bisa menghayati.
Mengapa adanya cinta dihati kita.
Semuanya adalah kerana cinta dariNya...
Masyaallah.
Letakkanlah cinta padaNya melebihi cinta manusia.
Agar diri tahu menghargai.
Agar hati bisa menghayati.
Mengapa adanya cinta dihati kita.
Semuanya adalah kerana cinta dariNya...
Masyaallah.
˳Azrina Abu Bakar ˳
2 comments:
subhanallah...mga Allah merahmati setiap bait kata2MU yang penuh penghambaan seorang hamba yang bersih nuraninya.....acik suka n tramat berbangga kerana mengenali insan mulia yg memilki keistmewaan yg trindah ini.tahniah m.ngah kerana buat acik kagum n suka sgt krya mahupun tempo n suasana blog yg membuatkan acik syahdu sgt...
acik, syahdu yg terbit dr hatimu lebih mkngah kagumi.. krn hati yg benar2 memahami akan bisa menghayati.. itulah hati yg penuh cinta pd Yg Maha Esa.. Subhanallah.
Post a Comment