2 Mac 2015.
Alhamdulillah.
Setahun sudah Allah kembalikan saya menetap disini.
Jika setahun yang lalu, hati sedikit hiba bila meninggalkan sahabat-sahabat yang selalu mendekatkan saya dengan Allah dan RasulNya.
Dihati tak putus-putus berdoa, moga Allah gantikan saya dengan jemaah baru yang mampu menjadikan saya hambaNya yang terus istiqomah dalam mencari ilmu dan belajar utk berbuat kebaikan serta sentiasa berusaha dalam memperbaiki amal.
Hari ni, bahagia yang dicari mula menyapa diri.
Allah anugerahkan saya bersama insan-insan yang mahu dekat denganNya.
Mereka juga sering menyuburkan rasa rindu dihati saat mengenangkan Rasulullah SAW.
Subhanallah.
"Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang mahu kamu dustakan?" (Ar Rahman ayat 13).
Tiada yang lebih indah, kerana pertemuan kami sering saja diatur dalam taman-taman SyurgaNya.
Gurau senda dan gelak tawa kami sentiasa ada peringatan tentang Dia.
Malah saat menangis kami juga ada pengisian tentang Allah dan Rasulullah yang kami cinta.
Walau jemaah ini kecil, namun terlalu besar nikmatnya buat diri.
Moga 'bulatan gembira' ini mampu memberi kami 'bulatan bahagia' hingga ke Syurga.
Sesungguhnya kasih sayang yang terbina ini atas dasar cinta kepada Allah dan RasulNya.
Allahu Akbar!
Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih Sahabat 'MU'.
Kalian begitu Istimewa!
Moga Allah redha..
˳Azrina Abu Bakar ˳
5 comments:
Assalamualaikum wbt buat kakak iman yg tercinta...
terima kasih utk kasih sayang mu...
terima kasih utk anugerah seorang kakak buat ku...
terima kasih utk ilmu yang selalu dikongsi kan...
terima kasih utk teguran mu demi akhirat ku...
tiada kata lagi dan tidak terucap lagu selain daripada ku bersyukur pada Mu Ya Rabb...
semoga persahabatan ini yang memberi syafaat buat ku di akhirat kelak...
Aamiin Allahumma Aamiin...
Masya Allah.. best nya if dapat jadi sebahagian dari bulatan gembira tu.. :)
tulip kerdil,
Bulatan gembira ini sentiasa menerima hati2 yg penuh cinta pd Allah dn RasulNy.. InsyaaAllah.
Salam ukhwah :-)
Wkmslm wbt.. adikku iman.
Tksih juga krn selalu disisi akak saat suka dan duka.. moga Allah meredhai kita seluruhnya..aamiin ya Rabbal'aalamiin
MasyaAllah.. terima kasih.. salam ukhwah fillah.. :)
Post a Comment