Kita ini tidak sama
Tidak sama rupa
Tidak sama kulitnya
Tidak sama juga bahasa yang diperkata
Kita ini tidak sama
Tidak sama tinggi rendahnya
Tidak sama kedudukan darjatnya
Tidak sama nilai harta benda yang ada
Kita ini tidak sama
Apa benar kita ini tidak sama?
Bukankah kita semuanya hamba?
Hamba yang diciptakan Allah Yang Maha Esa
Hamba yang sentiasa tersalut dosa
Hamba yang selalu saja meminta-minta
Maka, dimana tidak samanya kita?
Hanya Allah yang tahu menilainya
kerana yang membezakan kita
sebagai hamba pada Yang Mencipta
hanyalah iman dan taqwa
yang mengisi perjalanan dunia
yang menjadi persembahan diakhirat sana...
Astaghfirullah..
˳Azrina Abu Bakar ˳
No comments:
Post a Comment